Infeksi entamoeba histolytica di kalangan kanak-kanak Orang Asli di Pos Lenjang, Pahang

Hartini Yusof, and Mohamed Kamel Abd. Ghani, (2009) Infeksi entamoeba histolytica di kalangan kanak-kanak Orang Asli di Pos Lenjang, Pahang. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 7 (1). pp. 59-64. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

107kB

Official URL: http://www.fsk.ukm.my/jurnal/jilid%207%281%292009/...

Abstract

Infeksi Entamoeba histolytica adalah tersebar di seluruh dunia dengan prevalens infeksi yang lebih tinggi di kalangan masyarakat terpinggir termasuk Orang Asli yang tinggal di kawasan tropika dan subtropika. Seramai 71 orang kanak-kanak Orang Asli dari Pos Lenjang, Pahang telah terlibat di dalam kajian ini. Bagi kajian yang lebih terperinci, kumpulan kanak-kanak ini telah dibahagikan menurut jantina dan umur. Sampel feses dikumpul dan setiap sampel diperiksa bagi pengenalpastian Entamoeba histolytica dengan menggunakan 3 jenis teknik diagnostik yang berbeza iaitu teknik apusan langsung, konsentrasi formalin-eter dan perwarnaan trikrom. Prevalens infeksi protozoa usus Entamoeba histolytica di kalangan kanak-kanak Orang Asli di Pos Lenjang, Pahang adalah tinggi iaitu 22.5%. Dari segi jantina, prevalens infeksi lebih tinggi di kalangan kanak-kanak perempuan (32.5%) berbanding kanak-kanak lelaki (9.7%). Infeksi juga didapati lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak yang bersekolah (32.4%) berbanding kanak-kanak prasekolah (11.8%). Prevalens infeksi Entamoeba histolytica yang tinggi di kalangan kanak-kanak Orang Asli di Pos Lenjang, Pahang adalah berhubung kait dengan pelbagai faktor termasuk status sosioekonomi yang rendah, budaya, kekurangan kemudahan asas dan tahap pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan serta kebersihan diri yang rendah.

Item Type:Article
Keywords:Protozoa usus; Entamoeba histolytica; Orang Asli
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:3632
Deposited By: Ms Nur Asyikin Lut Ahmad
Deposited On:02 Mar 2012 02:28
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page