Program rehabilitasi pulmonari di hospital lebih berkesan daripada program rehabilitasi pulmonari di rumah dalam meningkatkan kualiti hidup pesakit obstruksi pulmonari kronik (COPD)

Ayiesah Ramli, and Nor Azlin Mohd Nordin, and Asfarina Zanudin, and Judy Wong, (2009) Program rehabilitasi pulmonari di hospital lebih berkesan daripada program rehabilitasi pulmonari di rumah dalam meningkatkan kualiti hidup pesakit obstruksi pulmonari kronik (COPD). Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 7 (2). pp. 47-58. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

131kB

Official URL: http://www.fsk.ukm.my/jurnal/jilid%207%282%292009/...

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan program rehabilitasi pulmonari di hospital (PRPH) berbanding program rehabilitasi pulmonari yang dijalankan di rumah (PRPR) dalam aspek kualiti hidup di kalangan pesakit yang mengalami penyakit obstruksi pulmonari kronik (COPD). Sejumlah 35 pesakit yang memenuhi kriteria pemilihan yang dirujuk oleh pakar perubatan respiratori dipilih secara rawak untuk dimasukkan ke dalam kumpulan program rehabilitasi, sama ada kumpulan PRPH atau PRPR. Kumpulan PRPH dikehendaki hadir dua kali seminggu selama lapan minggu di Jabatan Fisioterapi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Manakala, kumpulan PRPR pula dikehendaki hadir dua kali sebelum dibenarkan melakukan senaman sendiri di rumah. Sebuah diari diberikan untuk mencatat aktiviti yang dilakukan dan panggilan telefon dibuat dua minggu sekali bagi memastikan kepatuhan pesakit terhadap program senaman. Soal selidik SF-36 dan Skala Geriatric Depression digunakan untuk menilai status pesakit sebelum dan selepas lapan minggu menjalani program rehabilitasi. Seramai 17 (48.6%) subjek telah melengkapkan PRPH dan 15 (43%) telah menyempurnakan PRPR. Keputusan kajian bagi kumpulan PRPH mendapati beberapa domain yang mencatatkan perubahan yang signifikan iaitu, peranan fizikal (p = 0.012), sakit badan (p = 0.040), kesihatan keseluruhan (p = 0.008) dan peranan emosi (p = 0.012). Min Skala Geriatric Depression bagi kumpulan PRPR ialah 1.8 ± 0.41 pada penilaian pertama dan 1.69 ± 0.48 setelah menjalani intervensi manakala (p > 0.05), bagi kumpulan PRPH, min skala Geriatric Depression ialah 1.87 ± 0.35 pada Bab 4 New.pmd 47 23/12/2009, 14:40 48 penilaian pertama dan 1.53 ± 0.52 pada penilaian berikutnya (p < 0.05). Kesimpulannya, kajian menunjukkan bahawa program rehabilitasi pulmonari di hospital lebih berkesan berbanding program rehabilitasi pulmonari di rumah di dalam meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan kemurungan di kalangan pesakit COPD

Item Type:Article
Keywords:Program rehabilitasi pulmonari di rumah (PRPR); Program rehabilitasi pulmonari di hospital (PRPH); Penyakit Obstruksi Pulmonari Kronik (COPD); Kualiti hidup
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:3636
Deposited By: Ms Nur Asyikin Lut Ahmad
Deposited On:05 Mar 2012 02:40
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page