Keberkesanan antibiotik titisan mata neomycin, gentamycin & ciprofloxacin terhadap sista acanthamoeba spp.

Noradilah Samseh Abdullah, and Mohamed Kamel Abd Ghani, and Anisah Nordin, and Yusof Suboh, and Noraina Ab Rahim, (2009) Keberkesanan antibiotik titisan mata neomycin, gentamycin & ciprofloxacin terhadap sista acanthamoeba spp. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 7 (2). pp. 39-46. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

116kB

Official URL: http://www.fsk.ukm.my/jurnal/jilid%207%282%292009/...

Abstract

Keratitis Acanthamoeba merupakan masalah okular yang serius dan boleh mengakibatkan buta jika tidak dirawat. Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan antibiotik titisan mata terhadap lapan isolat sista Acanthamoeba spp., empat daripada isolat klinikal dan empat lagi daripada isolat persekitaran. Tiga antibiotik titisan mata (neomycin, ciprofloxacin dan gentamicin) yang terdapat di pasaran dalam bentuk sedia guna telah diuji. Suspensi sista daripada kelapan-lapan isolat diuji dengan antibiotik titisan mata masing-masing. Selepas tempoh inkubasi selama 48 jam, larutan dituras dan membran turasan diletakkan ke atas agar bukan nutrien yang dilapisi E.coli. Plat agar diperiksa setiap hari hingga hari ke-14 untuk melihat kehadiran trofozoit Acanthamoeba di bawah mikroskop inverted. Ketiga-tiga antibiotik ujian iaitu neomycin, ciprofloxacin dan gentamicin didapati berkesan terhadap sista Acanthamoeba daripada semua strain kajian.

Item Type:Article
Keywords:Keratitis Acanthamoeba; Antibiotik Titisan Mata; Keberkesanan
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:3638
Deposited By: Ms Nur Asyikin Lut Ahmad
Deposited On:05 Mar 2012 02:54
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page