Kefungsian saraf sensori median dan hubungannya dengan tempoh carpal tunnel syndrome dan indeks jisim tubuh

Nor Azura Azmi, and Nor Azlin Mohd. Nordin, and Nor Azila Noh, (2009) Kefungsian saraf sensori median dan hubungannya dengan tempoh carpal tunnel syndrome dan indeks jisim tubuh. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 7 (2). pp. 29-38. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

131kB

Official URL: http://www.fsk.ukm.my/jurnal/jilid%207%282%292009/...

Abstract

Kajian ini menilai kefungsian pelbagai jenis serat saraf sensori median, serta menentukan hubungan fungsi saraf dengan tempoh Carpal Tunnel Syndrome (CTS) dan indeks jisim tubuh (body mass index, BMI) di kalangan penghidap CTS di Unit Fisioterapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Sejumlah 30 orang subjek (6 lelaki dan 24 perempuan) dengan min umur 53.30 ± 9.20 tahun dan min tempoh penyakit 51.17 ± 50.22 bulan terlibat dalam kajian ini. Kepekaan serat saraf sensori dinilai menggunakan ujian Current Perception Threshold (CPT) menggunakan rangsangan 5 Hz, 250 Hz dan 2000 Hz; yang masing-masing mempamerkan kefungsian serat saraf C, Aδ dan Aβ. Kajian mendapati bahawa majoriti subjek mempunyai fungsi saraf yang normal untuk ketiga-tiga jenis serat saraf sensori median. Sejumlah 40% subjek mempunyai keabnormalan fungsi serat saraf Aβ, 7% mempunyai keabnormalan serat saraf Aδ dan 27% subjek mengalami keabnormalan serat saraf C. Ujian korelasi Spearman menunjukkan tiada hubungan yang signifikan di antara kefungsian saraf sensori median dengan tempoh menghidap CTS dan BMI (p > 0.05). Kesimpulannya, walaupun majoriti penghidap CTS di HUKM mempunyai fungsi serat saraf sensori median yang normal, keabnormalan sensitiviti serat Aβ, Aδ dan C bagi saraf sensori median di kalangan sebahagian penghidap perlu diberi perhatian bagi mencegah keterukan fungsi saraf seterusnya komplikasi lanjutan. Ahli Fisioterapi di HUKM boleh meningkatkan penggunaan modaliti perangsang saraf seperti Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS) bagi mengembalikan kefungsian serat saraf pesakit yang terlibat.

Item Type:Article
Keywords:Carpal Tunnel Syndrome; Current Perception Threshold; Sensitiviti saraf sensori median; Body Mass Index
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:3642
Deposited By: Ms Nur Asyikin Lut Ahmad
Deposited On:05 Mar 2012 03:19
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page