Media penyiaran: implikasinya dalam pembentukan akhlak penuntut-penuntut melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia.

Ahmad Munawar Ismail, and Mohd Nor Shahizan Ali, (2011) Media penyiaran: implikasinya dalam pembentukan akhlak penuntut-penuntut melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. AKADEMIKA, 81 (3). pp. 3-8. ISSN 0126-5008

[img] PDF
330kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-...

Abstract

Teknologi dalam media penyiaran telah mengalami perubahan pesat dan berterusan semenjak akhir kurun ke-19 hingga awal kurun ke-20. Perubahan-perubahan yang berlaku menjadikan bidang penyiaran sebagai medium utama dalam menyalurkan informasi. Peningkatan teknologi sebegini amat penting terutama dalam memudahkan aktiviti dan proses komunikasi serta menjana informasi dengan kadar yang lebih efisien. Perubahan-perubahan ini merupakan kaedah baru bagaimana kerja-kerja berkaitan pemprosesan maklumat ditukarkan kepada kod-kod untuk tujuan penghantaran, penyebaran dan persembahan maklumat kepada orang ramai dalam bentuk teknologi baru. Perubahan teknologi ini semakin meningkat pada abad ke-21. Perkhidmatan internet dalam kebanyakan masa telah mengambil alih proses untuk mendapat maklumat daripada teknologi lazim. Teknik ini telah membolehkan proses pemindahan data berlaku dengan mudah dan menjimatkan masa sekaligus menambahkan lagi input informasi yang boleh dicapai. Informasi-informasi mengenai pelbagai isu di dunia seperti yang berkaitan berita, mel elektronik, perdagangan, hiburan termasuk menonton dan banyak lagi boleh dicapai dengan mudah melalui kaedah atas talian ini. Justeru, artikel ini bertujuan menilai sejauh mana pengaruh media dalam pembentukan tingkah laku remaja Melayu di Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian utama. Seramai 1,504 orang yang terdiri daripada penuntut-penuntut Melayu di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia telah dipilih sebagai responden. Secara keseluruhan, hasil analisis kajian menunjukkan pengaruh media dalam pembentukan tingkah laku remaja adalah pada tahap yang sederhana, namun data juga menunjukkan semakin meningkat penggunaan media semakin rendah akhlak di kalangan remaja. Dapatan ini diharap dapat membantu kerajaan mengoptimumkan penggunaan media ke arah yang lebih sihat dan berkesan memandangkan pelbagai persepsi negatif ditujukan terhadap media yang dikatakan memiliki pengaruh yang begitu dominan di kalangan generasi muda. Kata kunci: Media, penyiaran, akhlak, Melayu, pendidikan

Item Type:Article
Keywords:Transisi perbandaran; fasa pembandaran permulaan (nascent) dan pseudo; kawasan pembandaran mega; kehidupan bandar; masalah pembandaran mega
Journal:AKADEMIKA
ID Code:3643
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:05 Mar 2012 05:03
Last Modified:17 Mar 2012 06:01

Repository Staff Only: item control page