Pembandaran di pinggir wilayah metropolitan lanjutan: beberapa implikasi terhadap corak dan kualiti kejiranan

Katiman Rostam, and Er , Ah Choy and Zaini Sakawi, and Abdul Rahim Mohd Nor, and Aishah@Esah Hj. Muhammad, (2011) Pembandaran di pinggir wilayah metropolitan lanjutan: beberapa implikasi terhadap corak dan kualiti kejiranan. AKADEMIKA, 81 (3). pp. 19-29. ISSN 0126-5008

[img] PDF
300kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-...

Abstract

Kegiatan ekonomi bandar di kebanyakan negara membangun yang kini kian bertumpu di sekitar wilayah metropolitan telah mempengaruhi petempatan dan kejiranan di kawasan pinggirannya. Di Malaysia, proses perubahan ini dapat diperhatikan di Lembah Klang-Langat, sebuah wilayah yang meliputi petempatan desa dan bandar yang dalam makalah ini dikenali sebagai Wilayah Metropolitan Lanjutan (WML). Artikel ini bertujuan menganalisis proses rebakan bandar dan kesannya terhadap ciri dan kualiti kejiranan di zon tersebut. Data banci penduduk dan maklumat yang dikumpul melalui cerapan di lapangan dan kaji selidik, digunakan dalam kajian ini. Hasil analisis mendapati bahawa pada masa ini kejiranan desa-bandar khususnya yang terletak di daerah Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor sedang mengalami transformasi fizikal dan sosioekonomi yang cukup pesat. Hal ini dapat dikesan khususnya melalui ciri persekitaran fizikal termasuk persekitaran dan kualiti rumah kediaman, serta tahap kesejahteraan seperti yang boleh diukur berdasarkan ketersampaian isi rumah kepada perkhidmatan asas dan keselamatan. Di sebalik kesan positif, proses pembandaran dan perubahan yang pesat telah turut membawa impak sosial kepada masyarakat tersebut seperti yang dapat dikesan melalui peningkatan insiden penagihan dadah dan pengangguran dalam kalangan golongan muda. Jenayah seperti kecurian, pecah rumah dan rompakan di kawasan perumahan juga sering dilaporkan. Pola perubahan ini menunjukkan bahawa keadaan fizikal dan sosial kejiranan di zon pinggir WML ini sangat dinamik serta memerlukan perhatian segera. Langkah perlu diambil dan dasar yang sesuai wajar diformulasi untuk menangani isu tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Kejiranan; wilayah metropolitan lanjutan; transformasi dan kesejahteraan sosioekonomi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:3645
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:05 Mar 2012 06:21
Last Modified:17 Mar 2012 06:18

Repository Staff Only: item control page