Mengukur daya saing pekerja dalam sektor perkhidmatan di Malaysia: pembentukan indeks daya saing

Ishak Yussof, and Zulkifly Osman, and Rahmah Ismail, (2011) Mengukur daya saing pekerja dalam sektor perkhidmatan di Malaysia: pembentukan indeks daya saing. AKADEMIKA, 81 (3). pp. 31-42. ISSN 0126-5008

[img]PDF
466Kb

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-...

Abstract

Ekonomi Malaysia perlu berdaya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi agar dapat terus kekal maju dan mampan, terutama dalam sektor peneraju utama pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan seperti sektor perkhidmatan. Memandangkan kegiatan dan bentuk output sektor perkhidmatan amat rapat hubungannya dengan input sumber tenaga manusia, maka pasti sekali daya saingnya turut bergantung kepada daya saing pekerjanya. Oleh itu, adalah penting indeks daya saing pekerja dijadikan sebagai ukuran tingkat daya saing sektor berkenaan. Artikel ini bertujuan membentuk dan seterusnya menganalisis indeks daya saing pekerja berdasarkan data 1,136 pekerja sub- sektor perkhidmatan meliputi perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan ICT. Indeks daya saing yang dibentuk merupakan gabungan kepada indeks kebolehan dan indeks prestasi kerja. Hasil analisis menunjukkan indeks kebolehan pekerja berada pada tahap yang agak tinggi bagi semua sub-sektor perkhidmatan yang dikaji. Sebaliknya, indeks prestasi berada pada tahap yang agak sederhana bagi kesemua sub-sektor berkenaan. Ini menyebabkan indeks komposit daya saing pekerja dalam sektor berkenaan berada pada tahap yang agak sederhana. Analisis selanjutnya menunjukkan bahawa aspek kepuasan kerja dan aspek persekitaran kerja dikenal pasti sebagai faktor yang mempengaruhi tahap daya saing pekerja dalam sektor yang dikaji. Sehubungan itu, untuk meningkatkan daya saing pekerja dalam sub-sektor perkhidmatan terlibat, usaha-usaha perlu diarahkan kepada memperbaiki aspek kepuasan dan persekitaran kerja.

Item Type:Article
Keywords:sumber manusia; daya saing; indeks; kebolehan; prestasi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:3646
Deposited By:Mr Azam
Deposited On:05 Mar 2012 14:29
Last Modified:17 Mar 2012 14:23

Repository Staff Only: item control page