Khatijah Sidek: suara pejuang terpinggir yang dibisukan dalam sejarah perkembangan politik UMNO

Sohaimi Abdul Aziz, (2011) Khatijah Sidek: suara pejuang terpinggir yang dibisukan dalam sejarah perkembangan politik UMNO. AKADEMIKA, 81 (3). pp. 43-47. ISSN 0126-5008

[img] PDF
216kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-...

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk meneliti sebuah memoir yang ditulis oleh Khatijah Sidek daripada perspektif feminisme iaitu satu kajian subaltern seperti yang dikemukakan oleh Gayatri Chakravorty Spivak. Persoalan perjuangan wanita dan politik menjadi aspek penting di dalam makalah ini dan aspek ini diletakkan dalam konteks politik Malaysia pada tahun 1950-an di mana parti politik UMNO mula berkembang dan peranan wanita sangat terhad. Memoir ini ditulis oleh seorang wanita yang membincangkan tentang wanita di dalam arus kekuasaan lelaki di dalam UMNO. Suara perjuangan Khatijah Sidek untuk mendapat hak sama taraf dengan kaum lelaki begitu lantang diperjuangkan di dalam UMNO. Makalah ini mendapati bahawa pandangan yang dikemukakan oleh Spivak iaitu suara golongan subaltern seperti wanita yang dikonkritkan oleh Khatijah Sidek tidak didengari oleh pihak yang dominan seperti lelaki yang merupakan golongan yang berkuasa. Makalah ini menunjukkan bagaimana hegemoni lelaki menundukkan suara politik wanita subaltern seperti Khatijah Sidek.

Item Type:Article
Keywords:feminisme; subaltern; esentiolisme strategik; matrilineal; patrilineal hegemoni lelaki
Journal:AKADEMIKA
ID Code:3647
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:05 Mar 2012 06:33
Last Modified:20 Mar 2012 03:16

Repository Staff Only: item control page