Mohamad Zain Musa, and Farid Mat Zain, and Fatimah Abdullah, (2011) Perubahan dan kesinambungan: isu pendidikan masyarakat Melayu-Cam di Kemboja. AKADEMIKA, 81 (3). pp. 49-58. ISSN 0126-5008
PDF
1MB |
Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-...
Abstract
Orang Cam merupakan sekumpulan etnik yang terdapat di Kemboja. Walaupun beragama Islam, mereka hidup sebelah-menyebelah dengan orang Khmer yang kebanyakannya beragama Buddha. Sebagai satu etnik minoriti, mereka tidak terlepas daripada terlibat dalam arus pemodenan akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kemboja. Makalah ini menghuraikan keadaan semasa dan cabaran yang dihadapi oleh orang Cam. Tumpuan khusus adalah kepada kehidupan dan persekitaran hidup mereka terutamanya dalam bidang pendidikan. Persoalan yang dibicarakan ialah berkaitan dengan peluang-peluang pendidikan yang ada untuk kanak-kanak Cam di samping pandangan ibu bapa mereka mengenai pendidikan untuk anak-anak mereka. Data yang dibentang adalah didasarkan kepada maklumat yang disampaikan oleh masyarakat Cam yang ditemui sepanjang kajian lapangan yang telah dilakukan di beberapa buah perkampungan orang Cam yang terletak di sepanjang Sungai Tonle Sap dan keliling Tasik Tonle Sap, Kemboja.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | orang Cam; pendidikan; sekolah agama; etnik; minoriti |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 3648 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 05 Mar 2012 06:40 |
Last Modified: | 20 Mar 2012 03:20 |
Repository Staff Only: item control page