Paradigma baru dalam pelaksanaan tanggungjawab sosial syarikat milik Kerajaan

Suraiya Ishak, and Ahmad Raflis Che Omar, (2011) Paradigma baru dalam pelaksanaan tanggungjawab sosial syarikat milik Kerajaan. AKADEMIKA, 81 (3). pp. 75-81. ISSN 0126-5008

[img] PDF
296kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-...

Abstract

Pembabitan syarikat berkaitan kerajaan (SBK) dalam tanggungjawab sosial adalah satu isu yang sukar dipastikan sempadannya. Matlamat untung tidak membenarkan perlakuan-perlakuan yang meningkatkan kos dan tidak menghasilkan nilai di kalangan entiti perniagaan. Walau bagaimanapun, syarikat milik kerajaan turut dikaitkan dengan keperluan untuk memberi tumpuan kepada motif-motif bukan-untung. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti perspektif baru tanggungjawab sosial bagi entiti bisnes yang dimiliki oleh pihak kerajaan (SBK) dalam kerangka masyarakat pluralistik yang berbilang peranan. Pemikiran ini bertujuan mengemukakan satu model alternatif yang dapat menjajarkan perlakuan SBK kepada matlamat untung tanpa menjejaskan keperluan menyumbang kepada matlamat sosiopolitik. Perbincangan konseptual ini mahu menonjolkan pemikiran baru tentang tanggungjawab sosial bagi entiti SBK secara berbeza daripada kebiasaan yang difahami dan diamalkan. Di samping itu, satu contoh operasi paradigm turut dibincangkan dengan menghurai program intrapreneur yang diamalkan Perbadanan Johor. Pembabitan korporat dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) tidak semestinya bermaksud berlaku dalam bentuk tidak produktif dan tidak komersil, sebaliknya konsep seperti `intrapreneur ventureĀ“ telah membolehkan SBK terlibat dalam model CSR bernilai tinggi dengan tidak mengabaikan motif untung dan kecekapan entiti. Sehubungan itu, pembabitan CSR bernilai tinggi dapat memberi faedah secara menang-menang kepada syarikat dan masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Syarikat berkaitan kerajaan; keusahawanan; intrapreneur; tanggungjawab sosial korporat; prestasi syarikat kerajaan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:3651
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:05 Mar 2012 06:57
Last Modified:20 Mar 2012 03:29

Repository Staff Only: item control page