Pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat Malaysia terhadap isu alam sekitar.

Jamilah Hj. Ahmad, and Hasrina Mustafa, and Hamidah Abd Hamid, and Juliana Abdul Wahab, (2011) Pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat Malaysia terhadap isu alam sekitar. AKADEMIKA, 81 (3). pp. 103-115. ISSN 0126-5008

[img] PDF
338kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-...

Abstract

Kajian ini merupakan satu tinjauan awal yang dijalankan terhadap orang awam di dua buah negeri iaitu Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Tujuan utama kajian adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan, sikap dan amalan orang awam terhadap isu-isu berkaitan alam sekitar serta kaedah pemuliharaan alam sekitar. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti saluran maklumat dan menjadi pilihan responden dalam memperolehi maklumat berkenaan alam sekitar. Data kajian telah diperolehi secara kuantitatif melalui kaedah soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 100 orang responden iaitu 50 orang responden di setiap negeri. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan orang awam terhadap isu-isu alam sekitar berbeza mengikut isu yang telah disenaraikan. Pengetahuan tentang program kitar semula adalah sederhana berbanding pengetahuan tentang pencemaran udara dan pencemaran bunyi yang lebih rendah. Manakala pengetahuan terhadap bencana alam di Malaysia adalah tinggi dan tahap pengetahuan mengenai sumber tenaga yang boleh diperbaharui adalah sederhana. Sikap orang awam terhadap isu alam sekitar pula dikategorikan pada tahap yang masih rendah. Hasil kajian juga mendapati amalan orang awam terhadap pemuliharaan alam sekitar di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berada pada tahap rendah. Menerusi kajian ini, didapati televisyen dipilih sebagai media yang memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat tentang isu alam sekitar di kedua-dua negeri tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Pencemaran; kitar semula; pengetahuan; sikap; amalan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:3654
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:05 Mar 2012 07:10
Last Modified:20 Mar 2012 03:40

Repository Staff Only: item control page