Data normatif timpanometri di kalangan kanak-kanak Melayu prasekolah

Noor Alaudin Abd Wahab, and Norashikin Chahed, (2010) Data normatif timpanometri di kalangan kanak-kanak Melayu prasekolah. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 8 (1). pp. 13-18. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

135kB

Official URL: http://www.fsk.ukm.my/jurnal/jilid%208%281%29%2020...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan data normatif timpanometri di kalangan kanak-kanak Melayu prasekolah dan membandingkannya menurut jantina. Ini kerana faktor bukan patologi seperti umur, jantina dan bangsa mempengaruhi data normatif timpanometri. Sehubungan itu, garis panduan saringan telinga tengah oleh American Speech and Hearing Association (ASHA) yang menggunakan data normatif timpanometri kanak-kanak Kaukasian mungkin tidak sesuai untuk populasi kanak-kanak Melayu. Parameter timpanometri yang diukur ialah puncak statik admitan akustik dikompensasi (puncak Ytm), isipadu salur telinga luar (Vea) dan kelebaran timpanogram (TW). Seramai 161 orang kanak-kanak Melayu (80 orang kanak-kanak lelaki dan 81 orang kanak-kanak perempuan) berumur antara 4 hingga 6 tahun terlibat di dalam kajian ini. Bagaimanapun, hanya seramai 45 orang kanak-kanak lelaki dan 46 orang kanak-kanak perempuan (163 dari keseluruhan 182 telinga) memenuhi kriteria inklusi iaitu lulus pemeriksaan otoskopi dan saringan pendengaran serta menunjukkan refleks akustik ipsilateral pada 1000 Hz. Ujian ANOVA Campuran dua-hala untuk membandingkan min parameter timpanometri kanak-kanak lelaki dan perempuan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan; min puncak Ytm (p > 0.05), min Vea (p > 0.05), dan min TW (p > 0.05). Oleh itu, data kedua-dua kumpulan ini digabungkan. Secara keseluruhan, nilai min puncak Ytm ialah 0.55 ± 0.28 mmhos, min Vea ialah 0.90 ± 0.39 cm3, dan min TW ialah 104.68 ± 32.08 daPa. Julat normal persentil ke-90 bagi puncak Ytm ialah antara 0.27 hingga 1.18 mmhos, Vea antara 0.45 hingga 1.65 cm3 dan TW antara 59.60 hingga 149.80 daPa. Hasil kajian mencadangkan data normatif timpanometri ini sesuai digunakan ke atas kanak-kanak Melayu prasekolah namun ianya tidak perlu dibezakan mengikut jantina. Sekiranya setiap satu nilai TW > 200 daPa dan Vea > 1.0 cm3 oleh ASHA diaplikasi ke atas kanak-kanak Melayu prasekolah, maka masing-masing akan menyebabkan kadar rujukan yang rendah dan kadar rujukan yang berlebihan.

Item Type:Article
Keywords:Timpanometri; Prasekolah; Melayu; Timpanogram
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:3659
Deposited By: Ms Nur Asyikin Lut Ahmad
Deposited On:07 Mar 2012 04:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page