Chew, Poh Ling and Noor Hayati Mohd Isa, and Siti Nor Azreen Abdul Manap, and Ismail Mohd Ghauth, and Aisah Md Yunus, (2010) Hubungan infestasi demodex sp. dan masalah jerawat di kalangan orang dewasa di Lembah Klang, Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 8 (1). pp. 45-48. ISSN 1675-8161
PDF
Restricted to Repository staff only 118kB |
Official URL: http://www.fsk.ukm.my/jurnal/jilid%208%281%29%2020...
Abstract
Demodex sp. merupakan ektoparasit kulit dan dikenali sebagai tungau folikel yang selalu didapati pada manusia pada semua peringkat umur, kaum dan kumpulan geografi. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan prevalens infestasi Demodex sp. di kalangan orang dewasa berumur antara 20 hingga 29 tahun di kawasan Lembah Klang dan menentukan kaitan infestasi ektoparasit ini dengan jantina dan masalah jerawat. Kajian ini merupakan kajian pertama penentuan prevalens infestasi Demodex sp. di Malaysia. Seramai 350 orang subjek telah dikaji yang mana pemilihan sampel dilakukan secara pensampelan rawak berstrata. Pengambilan spesimen dilakukan secara kikisan kulit pada kawasan muka iaitu dahi, hidung, pipi dan dagu. Spesimen dititiskan dengan medium Hoyer dan pemerhatian dijalankan di bawah mikroskop cahaya. Borang soal selidik diedarkan untuk mengetahui kehadiran jerawat pada kulit muka. Hasil kajian mendapati prevalens keseluruhan infestasi Demodex sp. adalah 18.9% dan lelaki menunjukkan infestasi lebih tinggi (25.7%) berbanding perempuan (12.0%) manakala tiada perbezaan bermakna antara masalah jerawat dan infestasi Demodex sp. Kesimpulannya, infestasi Demodex sp. hadir di kalangan satu perlima dari subjek dengan lelaki didapati lebih bermasalah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Demodex sp.; Prevalens; Kikisan kulit; Malaysia |
Journal: | Jurnal Sains Kesihatan Malaysia |
ID Code: | 3664 |
Deposited By: | Ms Nur Asyikin Lut Ahmad |
Deposited On: | 07 Mar 2012 07:13 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:35 |
Repository Staff Only: item control page