Ketahanan suhu acanthamoeba spp. pencilan spesimen klinikal dan persekitaran

Nurul Farhana Jufri, and Anisah Nordin, and Mohamed Kamel Abd Ghani, and Yusof Suboh, and Noraina Abd Rahim, (2010) Ketahanan suhu acanthamoeba spp. pencilan spesimen klinikal dan persekitaran. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 8 (2). pp. 1-3. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

27kB

Official URL: http://www.fsk.ukm.my/jurnal/jilid%208%282%29%2020...

Abstract

Acanthamoeba merupakan protozoa hidup bebas yang mampu menyebabkan penyakit keratitis Acanthamoeba dan ensefalitis amebik bergranuloma. Ciri fisiologi ameba ini mempunyai kepentingan perubatan dan boleh dikaitkan dengan potensi patogenisitinya. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji ciri fisiologikal Acanthamoeba dari aspek ketahanan suhu. Enam pencilan Acanthamoeba iaitu tiga pencilan klinikal (HSB 1, HKL 48 dan HKL 95) dan tiga pencilan persekitaran (PHS 2, PHS 11 dan PHS 15) digunakan dalam kajian ini. Ujian dilakukan dengan mengkultur sista pada suhu 30°C, 37°C dan 42°C selama dua minggu dan memerhatikan keupayaannya untuk bertukar kepada peringkat trofozoit. Hasil kajian menunjukkan kesemua pencilan mampu bertukar kepada peringkat trofozoit pada suhu 30°C dan 37°C. Walau bagaimanapun tiada trofozoit diperhatikan pada suhu 42°C. Ini menunjukkan terdapat persamaan ciri fisiologi bagi kedua-dua pencilan dan pencilan persekitaran mampu menunjukkan potensi patogenisitinya dan sekaligus boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia.

Item Type:Article
Keywords:Acanthamoeba; Ketahanan suhu; Pencilan klinikal; Persekitaran
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:3665
Deposited By: Ms Nur Asyikin Lut Ahmad
Deposited On:08 Mar 2012 03:51
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page