Nurul Fariza Rossle, and Mohamed Kamel Abd Ghani, and Anisah Nordin, and Yusof Suboh, and Noraina Ab Rahim, (2010) Pemencilan acanthamoeba spp. daripada persekitaran akuatik. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 8 (2). pp. 15-19. ISSN 1675-8161
PDF
Restricted to Repository staff only 70kB |
Official URL: http://www.fsk.ukm.my/jurnal/jilid%208%282%29%2020...
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk memencilkan Acanthamoeba spp. daripada pelbagai persekitaran akuatik di Semenanjung Malaysia. Sebanyak 160 sampel diambil dengan 140 sampel menggunakan kaedah swab manakala 20 sampel lagi menggunakan kaedah pensampelan air dengan botol Schott 500 ml yang steril. Sampel swab diambil daripada kepala paip air (50), sinki (50), serta kolam renang (40) manakala sampel air diambil dari laut. Sampel swab diinokulasi secara terus ke atas agar tanpa nutrien (NNA) yang dilapisi dengan Escherichia coli matian haba secara aseptik. Sampel air dituras menggunakan membran turas bersaiz liang 0.45 μm sebelum membran turas itu dipindahkan secara aseptik ke atas piring NNA yang dilapisi dengan E. coli matian haba. Semua piring dieram pada suhu 30°C dan diperiksa setiap hari untuk kehadiran Acanthamoeba spp. sehingga hari ke-14 sebelum disahkan negatif. Secara keseluruhannya, terdapat 20% sampel yang positif untuk kehadiran Acanthamoeba. Acanthamoeba spp. paling banyak dipencilkan daripada sampel air laut dengan peratusan sebanyak 40% manakala paling sedikit dipencilkan daripada swab paip air dengan peratusan sebanyak 4% sahaja. Pencilan positif Acanthamoeba spp. daripada sinki dan kolam renang masing-masing adalah 20% dan 30%. Ketiga-tiga kumpulan genus Acanthamoeba dalam bentuk sista dapat ditemui dalam sampel yang diambil.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Isolasi Acanthamoeba; Kolam renang; Air laut |
Journal: | Jurnal Sains Kesihatan Malaysia |
ID Code: | 3668 |
Deposited By: | Ms Nur Asyikin Lut Ahmad |
Deposited On: | 08 Mar 2012 04:05 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:35 |
Repository Staff Only: item control page