Tabiat pengambilan ulam-ulaman di kalangan orang dewasa pelbagai etnik di Selangor

Nurul Izzah Ahmad, and Aminah Abdullah, and Md Pauzi Abdullah, and Lee, Yook Heng and Wan Rozita Wan Mahiyuddin, and Siti Fatimah Daud, and Lokman Hakim Sulaiman, (2010) Tabiat pengambilan ulam-ulaman di kalangan orang dewasa pelbagai etnik di Selangor. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 8 (2). pp. 27-35. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

57kB

Official URL: http://www.fsk.ukm.my/jurnal/jilid%208%282%29%2020...

Abstract

Satu soal selidik telah dijalankan bertujuan untuk menilai tahap pengambilan ulam-ulaman di Negeri Selangor di kalangan 252 orang dewasa (> 17 tahun) (lelaki 28.6%, wanita 71.4%), pelbagai etnik (Melayu-51.6%; Cina-30.5%; India-17.5%) dengan umur purata 42.7 ± 13.9 tahun. Pengumpulan data pengambilan ulam-ulaman dibuat menggunakan kaedah sampel pendua 24 jam dan disertakan dengan soal selidik persepsi. Keputusan kajian ini mendapati bahawa ulam segar digemari oleh hampir semua subjek (82.1%) terutama daripada kalangan etnik Melayu (92.3%). Sebanyak 52% subjek memilih ulam celur/rebus. Faktor utama pengambilan ulam-ulaman adalah kerana khasiat yang baik kepada kesihatan serta rasanya yang enak dan unik. Ulam segar utama yang diambil oleh subjek kajian adalah mentimun (Cucumis sativus) (60.6%), kacang botol (Psophocarpus tetragonolobus) (33%), pegaga (Hydrocotyle asiatica) (31.5%), daun salad (Lactuca sativa) (27.6%), petai (Parkia speciosa) (29%) dan ulam raja (Cosmos caudatus) (21.9%). Sementara ulam celur/rebus pilihan adalah pucuk ubi (Manihot esculenta) (31.5%), bendi (Hibiscus esculentus) (12.5%) dan jantung pisang (Musa sapientum) (20.1%). Tiada perbezaan bererti (P > 0.05) terhadap pengambilan ulam-ulaman di kalangan etnik berbeza di mana nilai median untuk jumlah pengambilan sehari adalah pada julat 30-39 g/hari. Ulam berpotensi menjadi sumber dalam meningkatkan pengambilan sayursayuran bagi memenuhi saranan oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 400 g sehari.

Item Type:Article
Keywords:Orang dewasa; Persepsi; Ulam; Selangor
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:3670
Deposited By: Ms Nur Asyikin Lut Ahmad
Deposited On:08 Mar 2012 04:27
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page