Tahap pengetahuan dan amalan pengambilan makanan terhadap alergi makanan di kalangan kanak-kanak dan dewasa Melayu di Negeri Sembilan

Nur Zakiah Mohd Saat, and Sazlina Kamaralzaman, and Nurul Izzati Abu, and Norjan Yusof, (2010) Tahap pengetahuan dan amalan pengambilan makanan terhadap alergi makanan di kalangan kanak-kanak dan dewasa Melayu di Negeri Sembilan. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 8 (2). pp. 51-57. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

51kB

Official URL: http://www.fsk.ukm.my/jurnal/jilid%208%282%29%2020...

Abstract

Suatu kajian hirisan lintang telah dijalankan di kalangan 200 orang kaum Melayu di Negeri Sembilan melibatkan individu yang mempunyai masalah alergi makanan dari kawasan Kuala Pilah, Tampin, Bahau, Gemencheh dan Seremban. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data demografi, amalan dan pengetahuan terhadap masalah alergi makanan. Kanak-kanak mencatatkan peratusan tertinggi mengalami alergi makanan iaitu sebanyak 44% dan makanan utama penyebab alergi makanan adalah udang (25%). Faktor sejarah keluarga terhadap alergi makanan mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kumpulan umur dan tempat tinggal (p < 0.05). Simptom alergi makanan yang paling kerap dialami oleh responden adalah ruam iaitu sebanyak 35%. Hasil kajian juga menunjukkan responden adalah mengambil berat dan prihatin terhadap masalah alergi yang mereka hidapi, di mana 96% daripada responden mengurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan alergi. Manakala bagi tahap pengetahuan responden didapati golongan dewasa mempunyai purata tahap pengetahuan yang lebih tinggi iaitu (8.25 ± 1.33) berbanding dengan golongan remaja(5.31 ± 2.71) (p < 0.05). Kajian ini menyimpulkan bahawa udang merupakan makanan yang utama penyebab alergi makanan tanpa mengambil kira faktor usia. Kebanyakan responden mengamalkan pengurangan pengambilan makanan yang menyebabkan alergi dan tahap pengetahuan terhadap masalah alergi makanan lebih tinggi di kalangan orang dewasa. Dengan itu, penyaringan awal harus dijalankan untuk mengenal pasti jenis-jenis alergi supaya rawatan yang sebaiknya dapat diberikan kepada pesakit. Pendidikan kesihatan berkenaan alergi juga penting untuk meningkatkan pengetahuan dan komplians pesakit kepada rawatan yang diberikan.

Item Type:Article
Keywords:Makanan; Alergi; Melayu; Amalan; Pengetahuan
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:3673
Deposited By: Ms Nur Asyikin Lut Ahmad
Deposited On:08 Mar 2012 06:34
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page