Baba Musta, and Mohamad Md. Tan, (1996) Perlakuan beberapa unsur major dan unsur surih dalam profil luluhawa batuan basalt di Segamat Johor. Sains Malaysiana, 25 (1). pp. 1-18. ISSN 0126-6039
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol25num1_1...
Abstract
Batuan basalt yang terluluhawa sepenuhnya telah dicerap di lokaliti PSK Lebuhraya Segamat-Kuantan. Profil luluhawa yang boleh dilihat perubahan daripada batuan segar hingga tanih didapati di lokaliti PKJ Kuari Kg. Jabi. Dua contoh profil dengan masing-masing 12 sampel dan 13 sample tanih telah dikaji untuk menentukan perlakuan beberapa unsur major dan unsur surih batuan basalt yang terluluhawa. Kaedah analisis yang digunakan ialah pendarflour sinar-X (XRF) dan pembelauan sinar-X (XRF). Kajian petrografi pula dibuat pada sampel batuan segar dan sampel konkresi. Nilai unsur major TiO2, Al2O3 dan Fe2O3 bertambah dengan bertambahnya darjah luluhawa manakala SiO2 dan CaO menyusut. Hubungan korelasi Fe2O3 + Al2O3 dengan L.O.I dan Fe2O3 denagn Al2O3 adalah jelas. Unsur surih nikel (Ni) kobalt (Co), kromium (Cr) dan zink (Zn) mempunyai perlakuan yang berbeza-beza dengan luluhawa. Perlakuan yang ditunjukkan oleh unsur major dan surih tersebut dikawal oleh mineral sekunder (koalinit, nakrit, geotit, hematit dan gibsit).
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | unsur major;unsur surih;luluhawa |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 3675 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 15 Mar 2012 04:48 |
Last Modified: | 29 Mar 2012 04:12 |
Repository Staff Only: item control page