Rijang beradiolaria Semenanjung Malaysia: kewujudan, usia dan sekitaran pengendapan

Basir Jasin, (1996) Rijang beradiolaria Semenanjung Malaysia: kewujudan, usia dan sekitaran pengendapan. Sains Malaysiana, 25 (2). pp. 103-113. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol25num2_1...

Abstract

Beberapa contoh rijang berusia Paleozoic Akhir dan Mesozoik telah dikaji kandungan kimia, dan radiolaria. Kewujudan radiolaria dalam bantuan rijang telah membolehkan penentuan usia yang lebih jitu terhadap lapisan rijang di beberapa formasi batuan di Semenanjung Malaysia. Rijang Formasi Kubang Pasu berusia Karbon Awal. Rijang Formasi Kodiang berusia Karnian Norian, Trias Akhir. Rijang Formasi Semanggol berusia Perm Akhir hingga Trias Tengah. Rijang di kawasan Ulu Kelantan berusia Perm Bawah. Rijang di kawasan Jengka, Pahang berusia Perm Akhir. Tiga sekutuan batuan rijang telah dikenalpasti; 1) sekutuan rijang-batu kapur atau dikenali sebagai sekutuan ambelesan yang didapati di Formasi Kodiang, 2) sekutuan rijang­batuan klastik atau dikenali sebagai sekutuan rijang pinggir benua, sekutuan ini banyak ditemui di Semenanjung Malaysia terutama dalam Formasi Semanggol, Formasi Kubang Pasu dan rijang di Ulu Kelantan dan 3) sekutuan rijang-piroklastik atau dikenali sebagai sekutuan arka-kepulauan didapati pada batuan rijang di kawasan Jengka, Pahang.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3698
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:15 Mar 2012 07:41
Last Modified:15 Mar 2012 07:41

Repository Staff Only: item control page