Sifat fiziko-kimia tanah basalt Kuantan, Pahang

Tan , Boon Kong (1996) Sifat fiziko-kimia tanah basalt Kuantan, Pahang. Sains Malaysiana, 25 (2). pp. 115-123. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol25num2_1...

Abstract

Sebanyak 20 sampel tanah basalt dari kawasan Kuantan telah diuji sifat fiziko-kimia tanah tersebut. Sifat fizik tanah yang diuji ialah: ketumpatan relatif, kandungan air. Had Atterberg, taburan saiz butiran, dan sifat pemadatan. Sifat kimia yang diuji pula melibatkan kimia air liang. Air liang tanah diekstrak dahulu dengan kaedah "Ekstrak Tepuan" dan kemudiannya diuji pH, kekonduksian, konsentrasi kation (Na+, K+, Ca2+, Mg2+) dan anion (SO42-, Cl-, CO32-, HCO3-). Hasil kajian menunjukkan ciri-ciri tanah basalt sepertimana yang berikut: ketumpatan relatif tinggi, dengan kebanyakan nilai > 2.7; kandungan air secara umumnya tinggi dengan Wo > 30%, ini menunjukkan penjerapan air yang tinggi; had cecair boleh mencapai nilai yang tinggi yang melebihi 50%; saiz butiran tertabur luas an tara saiz kelikir (G) hingga saiz lempung (C), namun demikian saiz dominan adalah halus (M/C); fraksi tanah halus dikelaskan sebagai tanah ML-MH, iaitu lodak dengan keplastikan rendah-tinggi. Yang agak mengejutkan ialah nilai ketumpatan kering maksimum tanah terpadat yang agak rendah, bersela antara 1.22-1.60g/cm3, walaupun tanah basalt diketahui umum sebagai bahan tambakan yang baik. Nilai gdmak yang rendah itu boleh disebabkan kandungan air optimum yang tinggi (Wopt = 29.0-47.5%). Keputusan untuk kimia air liang menunjukkan perkara yang berikut: PH terletak pada sebelah asid (< 7); kekonduksian rendah, membayangkan kandungan kation yang rendah; kepekatan kation Na+, K+, Mg2+, Ca2+, secara umumnya adalah rendah, dengan K+, Ca2+ dan Mg2+ mempamerkan nilai < 5bpj. Seperkara yang agak menarik ialah kedominanan kepekatan Na+ yang jelas. Dengan itu, nisbah kation monovalensi (Na+ + K+) lawan dwivalensi (Ca2+ + Mg2+) menunjukkan nilai yang tinggi yang berjulat antara 3-17, dengan beberapa nilai yang melebihi 100, maka ia menunjukkan potensi penyerakan tanah basalt yang tinggi. Anion Cl-, CO32- dan HCO3- tidak dikesan, manakala SO42- memaparkan nilai yang agak tinggi, iaitu 35-122 NTU. Walaupun di lapangan prolil tanah basalt memperlihatkan 3 lapisan atau horizon yang jelas, dengan warna yang berubah (atas ke bawah) daripada coklat tua, merah hingga ungu, hasil kajian sifat fiziko-kimia sampel tanah yang telah diambil dari 3 horizon itu tidak menunjukkan perbezaan atau variasi yang penting, iaitu lain daripada jangkaan. Tambahan pula, beberapa sifat fiziko­kimia tanah basalt yang telah diambil dari lapisan yang sama terplot pada dua kelompok yang jelas - penerangan untuk perkara ini tidak begitu jelas.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3699
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:15 Mar 2012 07:43
Last Modified:30 Apr 2012 08:41

Repository Staff Only: item control page