Rohani A. Ahmad, and Badrul- Munir , M. Z. and Kamis, A. B. (1996) Kesan testosteron terhadap larva ascaris suum pada mencit. Sains Malaysiana, 25 (3). pp. 1-11. ISSN 0126-6039
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol25num3_1...
Abstract
Kesan testosteron terhadap bebanan dan pertumbuhan larva Ascaris suum telah dikaji. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaruh testosteron terhadap infeksi A. suum adalah bergantung kepada takaran hormon yang diberikan. Didapati hanya takaran 0.5 mg testosteron propionat (TP) yang diberikan selama 18 hari meninggikan kerentanan mencit (66.2 ± 11.15 larva) (min ± S.E.) terhadap infeksi parasit jika dibandingkan dengan kawalan (38.0 ± 7.13 larva) (P>0.05). Takaran testosteron yang lebih tinggi (1.0, 2.5 atau 5.0 mg TP) tidak menunjukkan kesan yang jelas. Hasil percubaan juga menunjukkan bahawa pemberian hormon (0.5 mg TP) selama 7 hari boleh meningkatkan kerentanan perumah (86.1 ± 5.86 larva) terhadap infeksi A. Summ. Perbandingan dengan kawalan (14.6 ± 1.71 larva) dan menunjukkan perbezaan yang nyata pada P < 0.001. Begitujuga dengan pemberian hormon selama 14 dan 28 hari. Sebaliknya gonadektomi telah mengurangkan kerentanan mencit terhadap infeksi A. suum. Walau bagaimanapun, kesan sebaliknya didapati apabila mencit yang gonadektomi itu diberi suntikan 0.5 mg TP (P < 0.001). Hormon testosteron dipercayai mempengaruhi corak infeksi parasit secara tidak langsung dengan mempengaruhi perkembangan organ-organ limfoid.
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 3701 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 16 Mar 2012 00:48 |
Last Modified: | 30 Apr 2012 07:34 |
Repository Staff Only: item control page