Sungai dan pantai kuno di Kompleks Delta Kelantan

Kamal Roslan Mohamed, and Che Aziz Ali, (1996) Sungai dan pantai kuno di Kompleks Delta Kelantan. Sains Malaysiana, 25 (3). pp. 77-90. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol25num3_1...

Abstract

Kajian ini dilakukan berdasarkan imej LANDSAT TM tahun 1989, dan dibantu oleh peta topografi serta gambar udara. Beberapa peringkat pembentukan dan perkembangan Delta Kelantan ditafsirkan daripada bentuk dan kedudukan alur-alur dan permatang pantai kuno. Delta lebih tua berbentuk juring ("cuspate") dan beting-beting pasir di bahagian selatannya menandakan arah garis pantai terdahulu. Delta yang lebih tua ini lebih mencirikan delta kuasaan ombak, berbeza dengan delta yang sedang terbentuk sekarang. Perubahan daripada delta kuasaan ombak kepada delta kuasaan sungai terjadi akibat perubahan-perubahan di bahagian daratan dan pesisir pantai. Di bahagian daratan, imej LANDSAT TM menunjukkan Sungai Kelantan telah menukar arah aliran beberapa kali dan ini mengakibatkan perubahan kedudukan muara. Imej yang diperolehi juga menunjukkan terdapat banyak alur-alur sungai tua yang luas tetapi mempunyai aliran yang kecil, ataupun alur-alur yang kering. Selain itu terdapat juga beberapa tasik memanjang dan tasik ladam, hasil tinggalan sungai lampau. Daripada bentuk dan kedudukan alur-alur sungai tua ini, dapat ditafsirkan sungai utama telah berubah berbentuk dari berliku menjadi lurus beberapa kali. Di bahagian pantai pula telah dikesan garis pantai telah berkembang secara progressif ke arah laut (progradasi). Perkembangan garis pantai ditandai oleh permatang pantai yang berkedudukan hampir selari dengan garis pantai sekarang. Permatang pasir ini boleh dikesan hingga 10 km daripada garis pantai sekarang. Pada peringkat awal pembentukan Delta Kelantan, bukit Gunung Panchor (pekan Gunung) dan Bukit Marak merupakan sebuah pulau atau bukit di pesisir pantai sementara kedudukan bandar Kota Bharu masih terletak di laut. Pada masa yang sama muara sungai berhijrah secara berperingkat-peringkat ke arah baratlaut. Muara terawal yang dapat dikesan merupakan muara Sungai Kemasin dan kemudian menghijrah ke muara Pengkalan Datu. Sebelum berubah kepada kedudukan sekarang, muara Sungai Kelantan telah berhijrah daripada Pengkalan Datu ke Kuala Pak Amat. Perubahan kedudukan muara menyebabkan tindakan proses fizikal (rambatan ombak, angin dan arus pantai) berbeza daripada sebelumnya. Pada masa ini sebahagian besar daripada bahagian luar kompleks delta dipengaruhi oleh aliran pesisir pantai yang menghasilkan pembentukan anak tanjung pasir (sand spit) di bahagian pinggir delta. Kehadiran anak tanjung pasir secara langsung melindung kompleks delta daripada tindakan ombak dan menyebabkan pengaruh luahan sungai dan pasang surut lebih dominan di bahagian dalam kompleks.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3710
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:16 Mar 2012 01:57
Last Modified:16 Mar 2012 01:57

Repository Staff Only: item control page