Penentuan isotop uranium dan torium dalam monazit, xenotim dan zirkon menggunakan spektrometri alfa

Amran B. Ab. Majid, and Mohd Zahari Abdullah, and Zaharudin Ahmad, (1996) Penentuan isotop uranium dan torium dalam monazit, xenotim dan zirkon menggunakan spektrometri alfa. Sains Malaysiana, 25 (4). pp. 93-104. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol25num4_1...

Abstract

Kaedah penguraian, pemelarutan, pemendakan bersama, ekstraksi pelarut dan pemendapan elektrik telah dikaji dan digunakan untuk mendapatkan suatu teknik yang terbaik dalam penentuan isotop uranium 234U, 235U & 238U) dan torium 228Th, 230Th & 232Th) menggunakan sistem spektrometri alfa. Kepekatan isotop U dan Th dalam bahan rujukan piawai River Sediment dan Rocky Flats Soil (NBS) telah dianalisis untuk menentukan kejituan teknik yang dibangunkan. Kajian ini mendapati kepekatan isotop yang diperolehi adalah menghampiri nilai teraku (sijil) dan peratus perolehan semula pembawa yang besar (70-90%). Ini menunjukkan teknik yang dibangunkan sesuai digunakan untuk penentuan isotop uranium dan torium. Seterusnya teknik yang dibangunkan telah digunakan untuk menentukan kandungan uranium dan torium dalam sampel monazit, xenotim dan zirkon tempatan. Kepekatan jumlah isotop uranium yang diperolehi didapati berada dalam julat 21.03 - 171.25 Bq/g manakala kepekatan jumlah isotop torium pula terletak antara 27.48 - 242.87 Bq/g

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3720
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:16 Mar 2012 02:46
Last Modified:30 Apr 2012 07:41

Repository Staff Only: item control page