Che Aziz Ali, and Uyop Said, (1997) Sedimentologi dan palinologi di dalam lapisan nenering, Grik,Perak. Sains Malaysiana, 26 (1). pp. 33-52. ISSN 0126-6039
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol26num1_1...
Abstract
Lapisan Nenering yang dilaporkan sebelum ini telah dikaji dari aspek sedimentologi don polinologi secara menyelurnh. Bukti-bukti lapangan berdasarkan log turus sedimen pada keseluruhan singkapan mendapati unit batuan sedimen ini telah dimendapkan di dalam lembangan yang kecil yang wujud di antara pergunungan. Fasies sedimennya menunjukkan punca sedimen telah diterbitkan daripada batuan tua di sekitarya. Sedimen dimendapkan di dalam lembangan secara bermusim oleh sungai-sungai efemeral. Fasies berbutir kasar tertumpu ke bahagian tepian lembangan sementara bahagian tengah didominasi oleh sedimen butiran halus. Perubahan fasies secara menegak pula menunjukkan, pada awal pemendapan bahagian tengah lembangan dinominasi oleh sedimen berbutir halus dan kemudian berlaku kemasukan sedimen butiran kasar yang dibawa oleh sungai-sungai berkala. Bukti-bukti palinologi menunjukkan pemendapan sedimen di dalam Lembangan Nenering berlaku paling mungkin semasa Kapur Akhir (? Aptian-Albian).
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 3728 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 16 Mar 2012 07:55 |
Last Modified: | 16 Mar 2012 07:55 |
Repository Staff Only: item control page