Bioakumulasi logam berat dalam ikan air tawar di Perairan Sekitar Empangan Lohan, Ranau, Sabah

Jumat Salimon, and Maimunah Sulaiman, (1997) Bioakumulasi logam berat dalam ikan air tawar di Perairan Sekitar Empangan Lohan, Ranau, Sabah. Sains Malaysiana, 26 (1). pp. 61-68. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol26num1_1...

Abstract

Kajian bioakumulasi logam berat oleh ikan air tawar, Tilapia nilotica di perairan sekitar Empangan Lohan dilakukan dengan kaedah ternakan akuarium. Hasil kajian menunjukkan tisu ikan yang diternak dalam sampel air tercemar (lokasi S3 dan S4) mengandungi logam berat yang lebih tinggi dari tisu ikan yang diternak dalam sampel air tidak tercemar (lokasi S1 dan S2). Kepekatan logam berat seperti Fe, Zn, Mn, Cu, Ni dan Cr didapati tinggi dalam tisu ikan berbanding dengan kepekatan Co, Cd dan Pb. Kadar bioakumulasi logam berat daIam ikan didapati tinggi bagi Zn, Mn, Cu, Ni dan Co yang masing-masing melebihi 25 kali ganda dari paras asal dan lebih 10 kali ganda dari paras kawalan. Siri bioakumulasi logam berat yang dikaji dalam ikan T. nilotica menurut urutan; Mn> Cu> Cr> Ni> Co> Zn> Pb> Cd> Fe. Kepekatan logam berat yang dapat diambil oleh ikan dalam masa kajian tidak mencapai nilai yang dapat menyebabkan kematian kepada ikan.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3730
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:16 Mar 2012 08:00
Last Modified:16 Mar 2012 08:00

Repository Staff Only: item control page