Kamal Roslan Mohamed, and Che Aziz Ali, and Uyop Said, (1997) Perubahan dan perkembangan delta Kelantan. Sains Malaysiana, 26 (2). pp. 83-101. ISSN 0126-6039
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol26um2_19...
Abstract
Delta Kelantan terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia, dan terdedah kepada tindakan ombak yang kuat, terutamanya semasa musim tengkujuh (November hingga Februari) setiap tahun. Walaupun Laut China Selatan mempunyai pengaruh ombak yang kuat, tetapi bentuk Delta Kelantan ini tidak mencirikan delta kuasaan ombak. Delta Kelantan sekarang mempunyai muara berlumpur yang ditumbuhi oleh pokok bakau, dengan banyak alur pengedar kecil. Morfologi delta sekarang menunjukkan pengaruh sungai. Pasang surut, arus persisir dan pengaruh ombak memainkan peranan yang sarna penting dalam perkembangan delta. Sekarang ini sebahagian besar daripada bahagian luar delta dipengaruhi oleh aliran pesisir pantai yang menghasilkan anak tanjung berpasir (sand spit). Kehadiran anak tanjung berpasir secara langsung bertindak melindungi muara daripada tindakan ombak. Ini menyebabkan pengaruh luahan sungai dan pasang surut lebih dominan di bahagian lagun yang terlindung. Secara umumnya, anak tanjung pasir memanjang ke arah barat dengan kadar sehingga melebihi 0.5kmltahun (1988-1990) dan mengalami penghijrahan ke arah selatan mendekati daratan. Dalam lagun pula, pembentukan pulau-pulau lebih pesat, dan berkembang ke arah barat.
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 3745 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 19 Mar 2012 01:39 |
Last Modified: | 19 Mar 2012 01:39 |
Repository Staff Only: item control page