Komposisi proksimat dan mineral dalam sosej ayam

Suriah Abdul Rahman, and Shamsoul Bahrein, M., and Tew , Wooh Ah and Aminah Abdullah, and Babji, A.S. (1997) Komposisi proksimat dan mineral dalam sosej ayam. Sains Malaysiana, 26 (3&4). pp. 31-37. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol26num3an...

Abstract

Tiga belas jenis sosej ayam telah dianalisis untuk komposisi proksimat dan kandungan mineral (natrium, kalsium, kalium, fosforus, ferum). Sosej ini ialah sosej formulasi UKM, sosej tempatan dan sosej import. Dari keputusan analisis proksimat, didapati kandungan air berjulat di antara 58.18-71.30g/ 100g, protein 11.4 -16.52 g/100g, lemak 8.19-22.87g/100g, karbohidrat 2.00­-10.2g/100g, abu 1.52-2.99g/100g dan gentian 0.67-2.19g/100g. Apabila dibandingkan di antara tiga kumpulan sosej didapati tiada perbezaan bererti (p<0.05) bagi air, lemak dan karbohidrat sementara kandungan abu dan protein sosej tempatan adalah terendah berbanding sosej formulasi UKM dan import. Manakala bagi kandungan gentian pula, sosej formulasi UKM adalah paling rendah. Secara keseluruhan, purata kandungan mineral natrium dan fosforus didapati paling rendah bagi sosej tempatan manakala kandungan kalsium, kalium dan ferum pula adalah terendah bagi sosej formulasi UKM.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3750
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:19 Mar 2012 01:51
Last Modified:30 Apr 2012 08:40

Repository Staff Only: item control page