Aras hormon testosteron dan progesteron dalam kelawar cynopterus brachyotis di Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia

Kong , Kien Hoong and Zubaid Akbar, and Alias Kamis, (1997) Aras hormon testosteron dan progesteron dalam kelawar cynopterus brachyotis di Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia. Sains Malaysiana, 26 (3&4). pp. 47-52. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol26num3an...

Abstract

Cynopterus brachyotis merupakan kelawar frugivor pemakan buah-buahan, daun dan nektar yang lazim di Asia Tenggara. Matlamat penyelidikan ini ialah untuk menentukan aras hormon yang dirembeskan oleh gonad kelawar frugivor ini, Kelawar-kelawar ini telah ditangkap dan diambil sampel darah pada setiap bulan selama tujuh bulan (Januari hingga Julai 1997) di sekitar kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi. Aras hormon pembiakan, iaitu testosteron pada kelawar jantan dan progesteron pada betina ditentukan dengan menggunakan kaedah ELISA. Hasil kajian menunjukkan bahawa berat badan dan aras hormon pembiakan berkait rapat dengan jumlah taburan hujan bulanan. Kelimpahan sumber makanan pada masa taburan hujan yang tinggi dipercayai merangsang pertambahan berat badan dan sintesis hormon pembiakan pada kelawar ini.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3752
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:19 Mar 2012 01:58
Last Modified:30 Apr 2012 08:23

Repository Staff Only: item control page