Umar Hamzah, and Abd. Rahim Samsudin, (1997) Teknik seismos pantulan dan geoelektrik dwikutub-dwikutub dalam pengesanan Lohong Batu Kapur di Batu Caves. Sains Malaysiana, 26 (3&4). pp. 53-62. ISSN 0126-6039
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol26num3an...
Abstract
Pengecaman punca bencana geologi kejuruteraan di kawasan batu kapur seperti lohong batu kapur, kewujudan lubang benam dan gua-gua batu kapur telah menjadi amat penting dalam penyiasatan tapak sebelum sesuatu pembinaan seperti jalan raya, jambatan dan bangunan dilakukan. Begitu juga dalam kerja-kerja penerowongan dan perlombongan, pengetahuan asas sifat kejuruteraan jasad batuan amat perlu diketahui untuk menitai kesesuaian dan keselamatan bangunan yang bakal dibina. Teknik geofizik telah digunakan secara meluas dalam kajian geologi kejuruteraan untuk menangani masalah yang terdapat di tapak-tapak binaan yang mempunyai batu kapur sebagai batuan dasar. Dalam kajian ini teknik seismos pantulan cetek dan kaedah geoelektrik dwikutub-dwikutub telah digunakan untuk mengesan rongga batu kapur yang terdapat di kawasan Batu Caves, Kuala Lumpur. Kedudukan dan kedalaman rongga batu kapur di kawasan kajian telah ditentukan melalui data lubang gerudi dan laporan yang diperoleh daripada Jabatan Kajibumi Malaysia. Berdasarkan data lubang gerudi tersebut terdapat beberapa rongga yang terisi air dan pasir halus berlodak di kedalaman 15.7 m hingga 17.8 m, 20.2 m hingga 21.1 m dan 21.4 m hingga 25.7 m. Tiga profil seismos pantulan cetek telah dibuat di kawasan berongga tersebut dan hasil survei menunjukkan rongga dalam batu kapur tersebut membentuk palung sepanjang hampir 20 - 30 m pada kedalaman antara 15 m hingga 30 m. Rentisan survei geoelektrik dwikutub yang dilakukan pada profil seismos satu dan tiga juga memperlihatkan kehadiran lohong dan palung dalam batu kapur tersebut.
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 3753 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 19 Mar 2012 02:00 |
Last Modified: | 19 Mar 2012 02:00 |
Repository Staff Only: item control page