Penilaian kualiti jasad batuan di Terowong Kedua Genting Sempah, Selangor Darul Ehsan

Abdul Ghani Rafek, and Khairuddin Nordin, (1997) Penilaian kualiti jasad batuan di Terowong Kedua Genting Sempah, Selangor Darul Ehsan. Sains Malaysiana, 26 (3&4). pp. 63-72. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol26num3an...

Abstract

Terowong kedua Genting Sempah merupakan suatu bahagian utama dalam pembesaran dan peningkatan taraf jalan timur-barat utama yang menghubungi Kuala Lumpur di pantai barat dan Kuantan di pantai timur Semenanjung Malaysia. Terowong kedua berkedudukan 18 m hingga 30 m ke utara terowong lama yang dibina pada tahun 1975 dan mempunyai penjajaran yang sama. Penyiasatan geologi kejuruteraan dan pemeriksaan tapak pembinaan terowong kedua dilaksanakan pada tahun 1994 dengan penggerudian, pentafsiran fotograf udara, pemetaan geologi permukaan, survei geofizik dan ujian makmal. Pengelasan kualiti jasad batuan dilakukan berdasarkan sistem pengelasan Q oleh Barton et al. (1974). Hasil pengelasan ini di zon terowong meramalkan 8.6% panjang terowong baru terdiri daripada jasad batuan berkualiti sangat rendah, iaitu jenis dua, 82.8% berkualiti tersangat rendah, iaitu jenis tiga manakala 8.6% panjang terowong terdiri daripada jasad batuan berkualiti luarbiasa rendah, iaitu jenis empat. Penggalian terowong di antara Mac 1995 dan September 1996 dengan rakaman geologi kejuruteraan dan pengelasan jasad batuan semasa penggalian menghasilkan keputusan seperti berikut; jenis dua, berkualiti sangat rendah 6.3%, jenis tiga, berkualiti tersangat rendah 89.9%, jenis empat, berkualiti luar biasa rendah 3.8%. Keputusan ini mengesahkan darjah keyakinan ramalan pengelasan kualiti jasad batuan pada keseluruhannya.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3754
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:19 Mar 2012 02:02
Last Modified:19 Mar 2012 02:02

Repository Staff Only: item control page