Kesan tanah amang ke atas pembentukan mikronukleus dalam setcreasea purpurea boom

Sarina Hashim, and Mahani Mansor Clyde, (1999) Kesan tanah amang ke atas pembentukan mikronukleus dalam setcreasea purpurea boom. Sains Malaysiana, 28 . pp. 19-28. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol28_1999/...

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan kesan tanah amang ke atas pembentukan mikronukleus tumbuhan kajian, Setcreasea purpurea Boom. Tiga jenis tanah amang iaitu amang belum proses (ABP), amang semi proses (ASP) dan amang lepas proses (ALP) telah diambil dari sebuah syarikat pemprosesan amang di Dengkil, Selangor. Kesan sitotoksik tanah amang dibandingkan dengan tanah kawalan yang diperolehi dari Rumah Tumbuhan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Analisis radiometrik menunjukkan tanah amang mengandungi unsur radioaktif tabii. Hasil ujian mikronukleus (MCN) ke atas sel tetrad induk debunga S. purpurea menunjukkan kesemua tanah amang mengaruh pembentukan mikronukleus dalam sel tersebut. Bilangan MCN per-tetrad semakin meningkat apabila masa perlakuan dilanjutkan. Kajian ini juga menunjukkan kepekaan tumbuhan S. purpurea sebagai penunjuk biologi bagi tanah amang.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3763
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:19 Mar 2012 04:19
Last Modified:02 May 2012 09:58

Repository Staff Only: item control page