Rahimi , H. and Md. Idris Mohd. Nor, and Osman Ali, (1999) Faktor risiko miopia di kalangan murid-murid Sekolah Menengah Daerah Kuala Krai. Sains Malaysiana, 28 . pp. 29-38. ISSN 0126-6039
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol28_1999/...
Abstract
Miopia atau rabun jauh merupakan masalah yang masih kurang diambil berat oleh masyarakat. Penyakit ini dikaitkan dengan perubahan gaya hidup, peningkatan status hidup dan kecemerlangan akademik. Suatu kajian kes kawalan dijalankan dikalangan pelajar sekolah menengah di Daerah Kuala Krai, Kelantan dengan objektif untuk menentukan faktor risiko miopia. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan hubungan antara miopia dengan faktor sekitaran, genetik dan sosioekonomi. Responden dipilih menggunakan pensampelan pelbagai tahap rawak. Dari 232 responden, 118 didapati mengalami miopia, dengan ketajaman penglihatan 6/18 -6/60, sementara 114 tidak mengalami miopia dan diambil sebagai kawalan. Analisis univariat menunjukkan miopia ini berkaitan dengan jarak membaca kurang dari 30cm (p<0.00l), jarak menonton TV kurang dari 1.53m (p<0.001) dan sejarah keluarga menghidap miopia (p<0.01). Walau bagaimanapun, analisis multivariat menunjukkan hanya jarak membaca dan menonton TVberkaitan dengan miopia. Nisbah ganjil untuk menonton TV pada jarak kurang dari 1.53m adalah 4.2 (95% selang keyakinan 3.42-4.98), jarak membaca kurang dari 30cm adalah 13.0 (95% selang keyakinan 12.17-13.78) dan mempunyai sejarah keluarga 2.34 (95% selang keyakinan 1.28-4.27). Intervensi untuk memperbaiki jarak pembacaan dan jarak menonton TV dikalangan pelajar sekolah menengah akan dapat menurunkan insidens miopia lebih kurang 40%.
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 3764 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 19 Mar 2012 04:21 |
Last Modified: | 02 May 2012 09:57 |
Repository Staff Only: item control page