Ciri fizikal tanah pada kegagalan cerun sepanjang jalan utama Bangi Lama, Selangor Darul Ehsan

Zulfahmi Ali Rahman, and Sahibin Abd Rahim, and Hazizi Esa, (2000) Ciri fizikal tanah pada kegagalan cerun sepanjang jalan utama Bangi Lama, Selangor Darul Ehsan. Sains Malaysiana, 29 . pp. 233-255. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol29_2000/...

Abstract

Survei taburan kegagalan cerun tanah dijalankan tertumpu di sepanjang jalan utama kawasan Bangi Lama. Beberapa lokasi cerun gagal yang terdiri daripada tanah luluhawa bergred VI dikenalpasti. Secara keseluruhannya, jenis kegagalan cerun yang utama dikelaskan sebagai jenis gelonsoran dengan membabitkan isipadu tanah yang tinggi. Manakala runtuhan cerun jenis gelinciran biasanya menyebabkan pergerakan isipadu tanah yang lebih rendah. Skala cerun gagal berjulat antara 2 meter hingga 18 meter lebar manakala ketinggian cerun gagal mencapai 20 meter. Kesan alur hakisan air yang aktif dan ketiadaan tumbuhan penutup bumi pada bahagian cerun menyumbang kepada keruntuhan tanah cerun. Nilai sudut kecuraman cerun di beberapa lokasi berjulat antara 15 hingga 55 darjah. Sebahagian besar cerun menunjukkan potensi gerakan jisim berdasarkan pengembangan saiz bukaan rekahan pada struktur penahan. Beberapa parameter fizikal tanah dilakukan terhadap sampel tanah terdiri daripada kandungan air tanah dan air tanah tepu, kandungan bahan organik, pH, keliangan, aggregat, kekuatan mekanik (ASSB), taburan saiz partikel dan penentuan had Atterberg. Berdasarkan tekstur, tanah cerun dapat dikategorikan kepada jenis lempung dan 10M. Nilai indek keplastikan (I) dan had cecair menunjukkan tanah terdiri dari jenis lodak dengan keplastikan sederhana (MI). Manakala keaktifan koloid (A) pula adalah jenis lempung tidak aktif.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3797
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:20 Mar 2012 03:09
Last Modified:20 Mar 2012 03:09

Repository Staff Only: item control page