Application of seismic gun for a seismic refraction investigation of a Peat Basin at Gedong, Serian, Sarawak

Umar Hamzah, and Abdul Rahim Samsudin, (2001) Application of seismic gun for a seismic refraction investigation of a Peat Basin at Gedong, Serian, Sarawak. Sains Malaysiana, 30 . pp. 1-11. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol30_2001/...

Abstract

Satu survei seismos biasan telah di lakukan di kawasan Gedong yang terletak di sekitar 20 kilometer dari bandar Serian, Sarawak untuk menyiasat ketebalan tanah gambut dalam lembangan seluas beberapa kilometer persegi. Dalam survei ini, rentasan dibuat pada dua garis memotong pada arah utara selatan dan timur-barat lembangan dengan sela stesen pengukuran pada jarak beberapa kilometer di antara setiap satu. Data di perolehi dengan teknik resiprokal di mana tenaga dilepaskan di sepanjang rebakan pengesan atau geofon menggunakan letupan peluru senapang seismos (Buffalo gun) yang larasnya di benamkan sedalam di sekitar 0.6 meter ke dalam tanah gambut berair atau lembab. Tenaga yang biasanya diperolehi melalui ketukan tukul ke atas keping besi tidak dapat dihasilkan di kawasan ini kerana bahan permukaannya lembut dan berair. Data diproses dengan perisian komputer REFRACT dan profil-profil kedalaman-halaju diperolehi di setiap stesen pembacaan. Berdasarkan halaju gelombang P yang diukur dan maklumat penggerudian auger cetek, lapisan pertama yang berketebalan di sekitar 0.4 hingga 11.4 m dengan purata 4.4 m adalah ditafsirkan sebagai gambut tepu air berjulat halaju di antara 274 hingga 590 m/s dengan purata 419 m/s. Lapisan kedua ialah lempung tepu air berketebalan di antara 2.6 hingga 39.1 m dengan purata 15.7 m. Halaju lapisan ini ialah di antara 1193 hingga 2074 m/s dengan purata 1515 m/s. Lapisan ketiga yang dicerap dalam survei ini merupakan batu dasar yang terdiri daripada batuan volkanik Serian yang kelihatan tersingkap di sekitar kawasan kajian. Halaju lapisan ini ialah daripada 3144 hingga 8113 m/s dengan halaju purata di sekitar 5288 m/s.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3799
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:20 Mar 2012 03:18
Last Modified:04 May 2012 03:41

Repository Staff Only: item control page