Kedudukan tektonik dan petrogenesis Kompleks Benta, Pahang, Semenanjung Malaysia

Mohd Rozi Umor, and Hamzah Mohamad, and Syed Sheikh Almashoor, (2001) Kedudukan tektonik dan petrogenesis Kompleks Benta, Pahang, Semenanjung Malaysia. Sains Malaysiana, 30 . pp. 39-54. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol30_2001/...

Abstract

Kajian terhadap Kompleks Benta, Pahang dilakukan bagi mengetahui (1) geokimia jasad granit, (2) batuan punca atau magma induk, dan (3) sekitaran tektonik semasa pembentukan batuan. Berdasarkan ketiga-tiga aspek ini, Kompleks Benta boleh dikelompokkan sebagai batuan bes pertengahan jenis metaalumina dan dikelaskan sebagai suit alkali-kalsik. Batuan punca dicadangkan berasal daripada peleburan separa alkali mantel eklogit pada suhu 800- 1000°C dengan tekanan dan kedalaman masing-masing 15-20 Kba dan 60-70 km. Jasad igneus dikelaskan sebagai jenis A dengan kedudukan tektonik semasa pembentukan batuan dicadangkan pada sekitaran dalam kepingan (WPG). Pada sekitaran ini, tidak berlaku proses orogeni dan batuan igneus yang terhasil adalah daripada proses pengangkatan kerak.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3802
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:20 Mar 2012 03:24
Last Modified:04 May 2012 03:38

Repository Staff Only: item control page