Penilaian ciri fiziko-kimia tanah cerun di kawasan lombong emas Bukit Koman,Raub, Pahang

Zulfahmi Ali Rahman, and Salibin Abd Rahim, and Lee , Lai Yeen (2001) Penilaian ciri fiziko-kimia tanah cerun di kawasan lombong emas Bukit Koman,Raub, Pahang. Sains Malaysiana, 30 . pp. 55-67. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol30_2001/...

Abstract

Kajian ke atas cirifiziko-kimia tanah dilakukan terhadap cerun-cerun potongan di kawasan bekas lombong emas Bukit Koman. Kebanyakan sampel tanah adalah bertekstur lempung dengan peratusan lempung antara 44.0% hingga 65.3%. Sampel-sampel tanah juga menunjukkan darjah penggredan yang baik dengan nilai Cμ melebihi 15. Peratusan kandungan air adalah berjulat 0.64% hingga 7.23%. Terdapat hubungan korelasi positif yang signifikan (r=0.737***) antara kandungan air dan peratusan lempung dan antara kandungan air dan bahan organik (r=0.549***). Kehadiran lempung dan bahan organik dapat meningkatkan keupayaan pemegangan air yang tinggi dalam tanah. Nilai keliangan tanah yang dikaji tidak menunjukkan perbezaan rang bermakna (54.7%-57.6%). Nilai pH tanah pula adalah antara pH 2.6 dan pH 5.4 dan menunjukkan kehadiran ferum oksida yang rendah (< 6%). Sifat asidik tanah telah menyebabkan pelarutan ferum oksida yang berperanan penting sebagai agen penyimen antara butiran tanah. Keadaan ini menyebabkan pembentukan struktur aggregatan tanah yang lemah dan mudah mengalami hakisan. Terdapat hubungan positif yang menunjukkan bahawa pH telah mempengaruhi kehadiran ferum oksida dalam tanah.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3803
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:20 Mar 2012 03:26
Last Modified:04 May 2012 03:45

Repository Staff Only: item control page