Kandungan karnitina dalam plasma dan hati tikus yang diberi suplemen karnitina dan perlakuan aflatoksin BI

Ayub Mohd Yatim, and Nazaruddin Ramli, and Dileep S. Sachan, (2001) Kandungan karnitina dalam plasma dan hati tikus yang diberi suplemen karnitina dan perlakuan aflatoksin BI. Sains Malaysiana, 30 . pp. 135-141. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol30_2001/...

Abstract

Kesan suplemen karnitina dan dos tunggal aflatoksin B, (AFB1) ke atas kepekatan karnitina dalam plasma dan hati tikus telah dikaji. Sebanyak 20 tikus jantan Sprague-Dawley dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan kawalan (NSC), kumpulan kawalan + AFB1 (NSA), kumpulan karnitina kawalan ICSC) dan kumpulan karnitina kawalan + AFB1 (CSA). Tikus ini diberikan makanan tikus jenama Purina dengan 0.4% L-karnitina untuk kumpulan CSC dan CSA atau makanan tanpa karnitina untuk kumpulan NSA dan NSC selama 6 minggu. Kumpulan NSA dan CSA telah diberi dos tunggal [3H]AFB1 (l mg/kg) 6 jam sebelum dimatikan. Didapati karnitina plasma dari haiwan yang diberi diet berkarnitina (CSC dan CSA) mempunyai karnitina tidak teresterifikasi (NEC), asilkarnitina yang tidak larut asid (AlAC) dan karnitina total (TC) yang lebih tinggi berbanding haiwan yang tidak diberi diet berkarnitina (NSC dan NSA) (P<0.05). AFB1 tidak memberi kesan yang bererti (P > 0.05) terhadap kepekatan karnitina plasma. Bagaimanapun, di dalam hati, perlakuan AFB1 didapati meningkatkan secara bererti fraksi-fraksi karnitina (kecuali untuk AlAC). Secara keseluruhan, penambahan karnitina dalam diet meningkatkan kandungan fraksi-fraksi karnitina dalam plasma dan hati.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3809
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:20 Mar 2012 03:37
Last Modified:20 Mar 2012 03:37

Repository Staff Only: item control page