Hubungan antara ujian TNO penataran biasa dan penataran songsang dengan Sstereopsis silang dan stereopsis tak silang

Faudziah Abd. Manan , (2001) Hubungan antara ujian TNO penataran biasa dan penataran songsang dengan Sstereopsis silang dan stereopsis tak silang. Sains Malaysiana, 30 . pp. 143-151. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol30_2001/...

Abstract

Persepsi tiga dimensi boleh dikategorikan kepada stereopsis silang apabila suatu objek kelihatan mendekati pemerhati dan sebagai stereopsis tak silang apabila suatu objek kelihatan menjauhi pemerhati. Keadaan ini boleh dikesan daripada ujian steropsis titik rawak TNO berdasarkan penataran plat ujiannya, iaitu penataran biasa memberi apresiasi objek kelihatan mendekati (stereopsis silang), manakala secara penataran songsang plat ujian yang memberi apresiasi objek kelihatan menjauhi pemerhati (stereopsis tak silang). Ini disokong oleh tanggapan umum bahawa stereopsis silang mempunyai nilai ambang yang lebih baik berbanding stereopsis tak silang. Kajian ini tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara stereoakuiti penataran biasa dan stereoakuiti penataran songsang, sesi A: T = 7, p = 0.89 dan sesi B : T = 2, p = 0.27. Keputusan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara stereoakuiti diukur dengan penataran biasa kali pertama diikuti oleh ukuran kali ke dua (T = 8, p = 0.6) dan stereoakuiti diukur dengan penataran songsang kali pertama diikuti ukuran kali ke dua (T = 6, p = 0.6). Hasil kajian ini merumuskan apresiasi stereopsis secara penataran biasa plat TNO tidak boleh dianggap sebagai stereopsis silang dan apresiasi stereopsis secara penataran songsang plat TNO tidak mewakili steropsis tak silang dengan alasan yang dinyatakan. Tiada kesan pembelajaran dikesan daripada ujian stereopsis titik rawak TNO.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3810
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:20 Mar 2012 03:39
Last Modified:20 Mar 2012 03:39

Repository Staff Only: item control page