Selenium dan fungsi tiroid

Ismarulyusda , I and Osman, A. and Jamaludin, and M. Zaleha , M.I. and Khairul , O. and Iskandar , Z.A. and Mohd Naim , A.K and Khalid , B.A.K. (2001) Selenium dan fungsi tiroid. Sains Malaysiana, 30 . pp. 153-165. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol30_2001/...

Abstract

Pengukuran selenium dan fungsi tiroid telah dilakukan terhadap 442 orang penduduk di lima buah kampung orang Asli di pedalaman Pahang dan Perak. Pengukuran isipadu kelenjar tiroid ditentukan menggunakan alat ultrasound. Serum diambil bagi pengukuran selenium, TSH dan T4 manakala sampel urin dikumpul bagi pengukuran iodin. Min paras selenium adalah 4.082 ± 1.922 ppm (Julat 0.244 - 9.030 ppm). Kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang bererti di antara paras selenium kanak-kanak dan dewasa (p<0.0001) dan di antara remaja dan dewasa (p<0.05). Perbezaan paras selenium adalah bererti (p < 0.0001) di antara lima kampung tersebut iaitu Pos Tual (5.638 + 0.332 ppm), Pos Legap (4.545 + 1.794 ppm), Pos Perwor (4.412 + 1.180 ppm), Pos Sinderut ( 3.910 + 2.082 ppm) dan Pos Bertang (0.890 + 0.331 ppm). Perbezaan yang bererti didapati antara isipadu goiter (p<0.0001) dan T4 (p<0.0001) menurut umur. Korelasi yang bererti juga terdapat di antara selenium dengan isipadu tiroid (Korelasi Pearson, r= ­0.1664, p=0.0051) dan selenium dengan T4 (Korelasi Pearson r=0.1789, p=0.0027). Ini menunjukkan kekurangan selenium berkorelasi dengan peningkatan isipadu kelenjar tiroid dan kekurangan hormon tiroksin.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3811
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:20 Mar 2012 03:42
Last Modified:04 May 2012 01:30

Repository Staff Only: item control page