Pengambilan logam-logam berat terpilih dalam tanah oleh sayur-sayuran

Khairiah Jusoh, and Salmijah Surif, and Aminah Ahmad, and Benjamin Akmal, (2001) Pengambilan logam-logam berat terpilih dalam tanah oleh sayur-sayuran. Sains Malaysiana, 30 . pp. 167-176. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol30_2001/...

Abstract

Penentuan kandungan logam berat dalam tanah dan sayuran telah dijalankan di kawasan Bangi, Gombak dan Sepang. Logam berat yang dikaji termasuklah Pb, Cd, Zn dan Cu. Sampel tanah diekstrak dengan menggunakan kaedah pengekstrakan penjujukan merangkumi pengekstraksian logam-logam berat dalam pecahan lukar ganti ion dan mudah luluhlarut, pecahan penurunan asid, pecahan oksidasi organik dan pecahan rintang. Penghadaman basah telah digunakan untuk menghadam sampel sayur. Hasil analisis menunjukkan purata kepekatan logam-logam Pb, Cd, Cu dan Zn paling tinggi dalam pecahan rintang iaitu masing-masing 55.88 mg/kg dari Gombak, 4.20 mg/kg dari Bangi, 14.64 mg/kg dari Sepang dan 71.50 mg/kg dari Gombak. Aras kepekatan Pb, Cd, Zn dan Cu dalam sayuran kajian masih berada di bawah had yang dibenarkan oleh Akta Makanan (1983) dan Peraturan Makanan (1985) Malaysia iaitu masing-masing 2.00 mg/kg, 1.00 mg/kg, 30.00 mg/kg dan 40.00 mg/kg.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3812
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:20 Mar 2012 03:45
Last Modified:04 May 2012 01:31

Repository Staff Only: item control page