Properties and durability of MUF-Bonded particleboard treated with boron compound

Zaidon, A. and Junaidi, B. and Faridah, M.T. and Nor Yuziah, M.Y. (2001) Properties and durability of MUF-Bonded particleboard treated with boron compound. Sains Malaysiana, 30 . pp. 177-186. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol30_2001/...

Abstract

Campuran asid borik (H3BO3) dan borak (dinatrium tetraborat dekahidrat (Na2B4O7H2O) pada nisbah 1:1.54 dicampurkan ke dalam papan serpai kayu getah (Hevea brasiliensis) dengan menyemburkan campuran larutan 0.5% dan 1.0% kesetaraan asid borik (BAE, b/b berat kering serpai) kepada adunan serpai semasa proses pengadunan. Resin melamin urea formaldehid (MUF) digunakan sebagai perekat. Ketumpatan sasaran papan serpai adalah 650 kg/m3. Kaedah piawaian titratan MS 955-1986 digunakan untuk menganalisis bebanan borik asid di dalam papan yang telah dirawat. Sifat papan serpai diuji mengikut piawaian JIS 5908 - 1994 dan sifat ketahanan terhadap kulat reput putih diuji mengikut piawaian ASTM D2017-71. Bebanan BAE di dalam papan adalah di antara 0.30% - 0.49% bagi rawatan dengan 0.5% sebatian boron dan 0.63% - 0.86% bagi rawatan dengan 1.0% sebatian boron. Rawatan ini tidak mempengaruhi modulus kekenyalan (MOE) papan yang dirawat, bagaimana pun kekuatan modulus pecah (MOR) menurun sedikit. Ikatan dalaman (IB) papan yang dirawat meningkat apabila bebanan BAE didalam papan meningkat. Pembengkakkan ketebalan (TS) tidak dipengaruhi oleh rawatan tetapi penyerapan air (WA) menurun. Kehadiran sebatian boron di dalam papan meningkatkan ketahanan papan terhadap kulat reput putih, dan ketahanan ini meningkat apabila bebanan bahan kimia di dalam papan meningkat.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3813
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:20 Mar 2012 03:47
Last Modified:04 May 2012 01:25

Repository Staff Only: item control page