Modifikasi kimia ke atas getah asli cecair dengan kaedah penghidroklorinan

Rusli Daik, and Mohd Norhisham Satiar, and Ibrahim Abdullah, (2002) Modifikasi kimia ke atas getah asli cecair dengan kaedah penghidroklorinan. Sains Malaysiana, 31 . pp. 57-63. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol31_2002/...

Abstract

Modifikasi kimia ke atas getah asli cecair telah dijalankan melalui tindak balas penghidroklorinan dalam pelarut benzena dengan melalukan gas hidrogen klorida yang dihasilkan daripada tindak balas antara asid sulfurik pekat dan ammonium klorida. Hasil tindak balas merupakan pepejal lembut berwarna perang pekat. Kehadiran klorin dalam sampel telah ditentukan menggunakan analisis unsur dan spektroskopi FTIR. Puncak pada 736 cm-1 dalam spektrum FTIR bagi sampel getah asli cecair terhidroklorin menunjukkan wujudnya ikatan C-CI. Analisis termogravimetri menunjukkan getah asli cecair terhidroklorin kurang stabil terhadap haba berbanding dengan getah asli cecair yang asal. Berdasarkan analisis unsur, penentuan nombor iodin, spektroskopi FTIR dan analisis termogravimetri, sampel dengan darjah penghidroklorinan sebesar 35 dan 62 % telah berjaya dihasilkan.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3822
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:21 Mar 2012 03:20
Last Modified:07 May 2012 02:58

Repository Staff Only: item control page