Pengesanan fenol dalam persekitaran akueus menggunakan reagen 4-aminoantipairin

Dalina Adan, and Musa Ahmad, (2002) Pengesanan fenol dalam persekitaran akueus menggunakan reagen 4-aminoantipairin. Sains Malaysiana, 31 . pp. 65-72. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol31_2002/...

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan hasil pencirian reagen 4-aminoantipairin (AAP) apabila bertindakbalas dengan fenol menggunakan kaedah spektrofotometri. AAP menunjukkan kestabilan foto yang agak baik pada 208 nm dengan sisihan piawai relatif serapannya, RSD = 1.5% (n=11, sela masa=1 jam untuk tempoh 10 jam). Panjang gelombang optimum untuk pengesanan kompleks AAP-fenol ialah 506 nm dan rangsangan optimum dicerap pada pH 8 - 11. Reagen juga menunjukkan kepekaan yang tinggi terhadap kepekatan fenol dengan rangsangan linear diperolehi pada julat kepekatan fenol 0.0 - 26.0 ppm. Had pengesanan untuk kaedah ini adalah 0.37 ppm. Rangsangan keadaan mantap dicapai dalam masa kira-kira 5 minit. Nilai RSD untuk kajian kebolehasilan reagen bagi pengesanan fenol pada kepekatan 3 ppm, 7 ppm dan 10 ppm adalah masing-masingnya 1.26%, 1.32% dan 1.27% (n=10). Selain itu tindak balas pembentukan kompleks didapati dipengaruhi oleh kepekatan reagen AAP dan kepekatan agen pengoksida K3Fe(CN)6.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3823
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:21 Mar 2012 03:23
Last Modified:21 Mar 2012 03:23

Repository Staff Only: item control page