Peramalan sinaran suria global melalui kaedah berstatistik

Mohd. Anuar Abdul Karim, and Ahmad Mahir Razali , (2002) Peramalan sinaran suria global melalui kaedah berstatistik. Sains Malaysiana, 31 . pp. 149-158. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol31_2002/...

Abstract

Kajian ini bermatlamat untuk meramal purata bulanan sinaran suria harian berdasarkan kepada faktor-faktor meteorologi seperti jumlah jam penerimaan matahari, kelembapan relatif, jumlah hujan serta kelajuan angin. Dua kaedah pemodelan berstatistik digunakan iaitu kaedah pemodelan regresi linear berganda dan kaedah siri masa yang berdasarkan model gabungan auto regresi purata bergerak (ARPB). Berdasarkan analisis yang telah dijalankan didapati model regresi linear berganda yang mempunyai dua pemboleh ubah tidak bersandar menghasilkan nilai min kuasadua ralat yang paling minimum berbanding dengan model-model peramalan yang lain. Hasil peramalan daripada model tersebut bagi data selama sebulan iaitu bulan Disember 1997 mendapati kecekapan peramalan yang dibuat adalah sebanyak 91.93%. Oleh itu, adalah dicadangkan bahawa model yang diperolehi digunakan sebagai model peramalan jumlah sinaran suria harian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang dan amnya di Malaysia.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3832
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:21 Mar 2012 03:51
Last Modified:07 May 2012 02:05

Repository Staff Only: item control page