Penerimaan program susu sekolah oleh murid-murid dan ibu bapa di Daerah Hulu Langat

Sharifudin Md. Shaarani, and Aminah Abdullah, (2002) Penerimaan program susu sekolah oleh murid-murid dan ibu bapa di Daerah Hulu Langat. Sains Malaysiana, 31 . pp. 197-204. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol31_2002/...

Abstract

Satu tinjauan telah dilakukan untuk menilai penerimaan Program Susu Sekolah (PSS) oleh murid-murid dan ibu-bapa di daerah Hulu Langat. Tinjauan ini melibatkan 432 orang murid dari 6 buah sekolah rendah yang telah dipilih secara rawak. Dari setiap sekolah, 72 orang murid telah dipilih yang melibatkan murid-murid tahun 1 hingga 6. Hasil dari kajian ini didapati murid-murid yang terlibat dengan Skim Susu Percuma tidak menerima susu dua kali seminggu seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan tetapi masih menerima 56 kotak susu setahun. Kelewatan ini disebabkan oleh penghantaran susu yang dilonggokkan oleh syarikat pembekal. Keadaan ini juga menjejaskan prestasi Skim Susu Bayaran. Sebanyak 5.9% ibu-bapa menyatakan tidak akan membeli susu sekolah lagi dan 5.1 % meminta duit dikembalikan. Perkongsian susu dengan 'adik' didapati lebih tinggi (68.1%) pada tahap 11 berbanding tahap 1 (61.7%). Kebanyakan murid-murid tahap I (59.8%) dan II (69.8%) meminum susu di rumah. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kebanyakan ibu-bapa (59.8%) memastikan anak-anak mereka meminum susu di rumah dan seterusnya menggalakkan perkongsian berlaku dengan ahli keluarga. Keperihatinan ibu-bapa dapat dilihat daripada aspek sokongan yang diberi, duit tambahan untuk membeli susu dan usaha mereka untuk memeriksa tarikh luput susu sekolah.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3837
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:21 Mar 2012 04:10
Last Modified:21 Mar 2012 04:10

Repository Staff Only: item control page