Taburan ektoparasit pada ikan marikultur dan kaitannya dengan kualiti air

Zainal-Abidin, B.A.H and Jarod , S. (2002) Taburan ektoparasit pada ikan marikultur dan kaitannya dengan kualiti air. Sains Malaysiana, 31 . pp. 205-221. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol31_2002/...

Abstract

Taburan ektoparasit pada ikan marikultur komersil iaitu ikan siakap (Lates calcarifer) dan kerapu (Epinephelus tauvina) yang dipelihara dalam sangkar terapung di tiga kawasan persiaran pantai Pulau Pinang dan Kedah dan kaitannya dengan kualiti air telah dikaji. Penentuan parasit ditentukan pada bahagian sirip, kulit, mata, operkulum, insang dan mulut ikan. Parameter kualiti air seperti suhu, pH, oksigen terlarut, kemasinan dan kandungan ammonia (menggunakan Hyrolab dan Hatch Kit) dan kepekatan logam berat Hg, Cu, Cd dan Pb (menggunakan spektrofotometer serapan atom) juga ditentukan pada tempoh yang sama. Empat spesies parasit protozoa iaitu Brooklynella hostilis, Cryptocaryon irritans, Henneguya sp. dan Trichodina sp., dua spesies kopepod iaitu Caligus sp. dan Lepeoptheirus sp serta satu spesies monogenea iaitu Diplectanum sp. telah dikenalpasti daripada kedua-dua jenis ikan tersebut. Spesies ektoparasit yang ditemui dan taburannya pada ikan di ketiga-tiga kawasan kajian didapati hampir serupa sepanjang tempoh kajian. Prevalen jangkitan parasit berbeza mengikut bulan persampelan, prevalenjangkitan ini meningkat pada bulan ketiga dan keempat persampelan dengan prevalen Trichodina sp. selalunya lebih tinggi berbanding parasit-parasit lain. Parasit ditemui pada hampir semua badan ikan yang diperiksa dan bahagian insang paling sering dijangkiti. Ikan yang berumur tiga bulan didapati juga lebih kerap dijangkiti parasit berbanding ikan berumur enam bulan. Parameter kualiti air yang diukur menunjukkan bahawa kualiti air di ketiga-tiga kawasan kajian masih baik dan berada pada tahap yang selamat untuk pemeliharaan ikan. Ini mungkin menjelaskan kenapa spesies dan taburan ektoparasit di kawasan-kawasan tersebut hampir serupa. Namun begitu kepekatan logam berat Pb adalah tinggi bagi semua kawasan. Ini dikhuatiri boleh mempengaruhi taburan atau prevalen sesetengah parasit. Menerusi analisis regresi logistik, telah didapati kepekatan Pb yang tinggi ini berkait rapat dengan prevalen jangkitan Trichodina sp. yang juga tinggi pada kedua-dua jenis ikan di semua kawasan kajian.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3838
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:21 Mar 2012 04:12
Last Modified:07 May 2012 03:04

Repository Staff Only: item control page