Warisan Kesultanan Melayu: surat-menyurat Sultan Abdul Hamid dan ekonomi Kedah

Mohd Kasturi Abd Aziz, (2011) Warisan Kesultanan Melayu: surat-menyurat Sultan Abdul Hamid dan ekonomi Kedah. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 29 (2). pp. 45-66. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
134kB

Official URL: http://www.sarionline.ukm.my/

Abstract

Makalah ini membincangkan perkembangan ekonomi di Kedah menerusi Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid (SMSAH) sebagai warisan Kesultanan Melayu. Berdasarkan SMSAH didapati sistem ekonomi yang dijalankan di negeri Kedah merangkumi kegiatan pertanian seperti tanaman padi, ubi kayu dan getah, penternakan, perhutanan dan perlombongan. Kajian mendapati kegiatan ekonomi banyak menyumbang kepada proses pembangunan negeri Kedah termasuk menyediakan kemudahan infrastuktur dan komunikasi. Walau bagaimanapun, aspek ekonomi juga turut menimbulkan kesan negatif kepada kestabilan politik Kedah seperti masalah kewangan dan kekacauan yang berlaku di lombong bijih timah pada sekitar 1888-1905. Maklumat ini didapati menerusi SMSAH yang dianggap sebagai bukti pembabitan golongan pemerintah tempatan seperti Sultan Abdul Hamid dan para pembesar negeri dalam ekonomi Kedah di samping penggunaan sumber pihak British seperti Kedah Annual Report bagi menyokong kesahihannya.

Item Type:Article
Keywords:Surat-menyurat Sultan Abdul Hamid, negeri Kedah, kegiatan ekonomi, pembangunan, kewangan, kekacauan
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:3845
Deposited By: Ms Rusiah Husin
Deposited On:21 Mar 2012 08:16
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page