Unsur-unsur ilmu Badi’ Arab dalam syair Hamzah Fansuri

Ab. Halim Mohamad, (2011) Unsur-unsur ilmu Badi’ Arab dalam syair Hamzah Fansuri. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 29 (2). pp. 67-82. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
598kB

Official URL: http://www.sarionline.ukm.my/

Abstract

Ilmu badi’ adalah sebahagian daripada ilmu retorik Arab yang membincangkan penggunaan kata dan frasa yang berbunga dalam sesuatu ungkapan termasuk prosa, syair, al-quran dan teks lain. Ilmu badi’ Arab merangkumi lebih 30 tajuk yang dibincangkan dalam buku-buku retorik Arab. Dalam artikel yang ringkas ini, penulis akan membincangkan beberapa unsur ilmu badi’ Arab yang agak relevan dan boleh diaplikasikan dengan mudah ke atas puisi Hamzah Fansuri. Unsur-unsur ilmu badi’ yang dibincangkan dalam artikel ini ialah iqtibas, tibaq, jinas, tawriyah, saj’, dan muwazanah. Artikel ini mendedahkan kepada pembaca wujudnya penggunaan unsur ilmu badi’ dalam puisi Hamzah Fansuri. Hasil kajian membuktikan bahawa syair Hamzah Fansuri (q.s) banyak dipengaruhi oleh unsur retorik Arab, selain daripada bahasa dan pemikiran Arab dan Islam.

Item Type:Article
Keywords:unsur badi’, syair, Hamzah Fansuri, iqtibas, tibaq, jinas, tawriyah, saj’, muwazanah
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:3847
Deposited By: Ms Rusiah Husin
Deposited On:21 Mar 2012 08:40
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page