General education in the International Islamic University Malaysia (IIUM): a reflection on the experience of the Department of General Studies

Abdul Latif Abdul Razak, (2010) General education in the International Islamic University Malaysia (IIUM): a reflection on the experience of the Department of General Studies. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 11 . pp. 91-98. ISSN 1511-8393

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jmalim/index.php?option=com_wrap...

Abstract

Seperti universiti lain di Malaysia khususnya dan universiti di dunia umumnya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga memiliki kursuskursus umum yang ditawarkan kepada para pelajarnya. Di antara kursuskursus tersebut ialah The Islamic Worldview (Pandangan Hidup Islam), Islam Knowledge and Civilization (Islam, Ilmu dan Ketamadunan), Ethics and Fiqh for Everyday Life (Akhlak dan Fekah dalam Kehidupan Seharian), Parenting (Keibubapaan) dan Creative Thinking (Pemikiran Kreatif). Kesemua subjek ini berada di bawah kelolaan Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM. Sebahagian besar kursus yang ditawarkan oleh jabatan ini adalah kursus wajib universiti yang menjadi syarat graduasi bagi seseorang pelajar. Subjek-subjek yang ditawarkan unik kerana merupakan refleksi kepada identiti Islam yang menjadi identiti UIAM dan para graduannya. Dalam menyediakan pelajar untuk berdepan dengan kehidupan berkeluarga dan berkerjaya, subjek-subjek ini terutama Pandangan Hidup Islam dan Akhlak dan Fekah dalam Kehidupan Seharian digubal khusus untuk melahirkan seorang Muslim atau insan yang baik. Bukan sahaja segala kualiti Islam digarapkan dalam tingkah laku mereka, malah mereka juga disediakan dengan kaedah-kaedah umum yang berguna dalam menghadapi kehidupan semasa yang mencabar. Objektif makalah ini ialah untuk membincangkan tentang pengalaman UIAM, khususnya Jabatan Pengajian Umum dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan misi dan visi UIAM tercapai. Beberapa halangan dan langkah penyelesaian proaktif juga akan dibincangkan dengan harapan dapat menjadikan Jabatan Pengajian Umum khususnya dan UIAM umumnya lebih maju ke hadapan.

Item Type:Article
Keywords:general studies--university ; compulsory courses--Islamic way of life -ethics
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:3849
Deposited By: Ms Ruzita Kamis
Deposited On:21 Mar 2012 08:42
Last Modified:21 Mar 2012 08:42

Repository Staff Only: item control page