Hubungan emas dengan unsur penyerta di kawasan Lombong Penjom, Pahang dan Lombong Lubuk Mandi,Terengganu

Wan Fuad Wan Hassan, and Heru Sigit Purwanto, (2003) Hubungan emas dengan unsur penyerta di kawasan Lombong Penjom, Pahang dan Lombong Lubuk Mandi,Terengganu. Sains Malaysiana, 32 . pp. 1-12. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol32_2003/...

Abstract

Kewujudan emas dan hubungannya dengan unsur penyerta dari lombong emas Penjom di Jalur Tengah dan lombong emas Lubuk Mandi di Jalur Timur telah dikaji. Sebanyak 41 sampel terdiri daripada kuarza telerang, batuan dinding, batuan rejahan dan bijih dari Penjom dan 30 sampel yang serupa dari Lubuk Mandi telah diana lis is menggunakan kaedah spektroskopi serapan atom (AAS). Data geokimia daripada hasil analisis ini diolah secara statistik. Beberapa sampel irisan gilap mineral bijih dari kedua-dua kawasan juga telah dianalisis secara mikroskopi bijih dan analisis elektron mikroprob (EPMA) bagi menyokong data geokimia. Berdasarkan data geokimia hasil analisis korelasi statistik menunjukkan bahawa di kawasan lombong Penjom emas (Au) mempunyai hubungan saling menentu atau korelasi positif dengan dengan Cu-Ag-Pb dan hubungan terbalik atau korelasi negatif dengan Zn-­As. Di kawasan lombong Lubuk Mandi pula Au berhubungan kuat secara korelasi positif dengan Cu manakala Ag-Pb-Zn-As mempunyai hubungan terbalik atau berkorelasi negatif dengan Au. Berdasarkan hubungan emas dengan unsur-unsur penyerta yang dianalisis dapat ditafsirkan bahawa kawasan lombong Penjom merupakan longgokan emas jenis Au-Cu-Ag-Pb manakala kawasan lombong Lubuk Mandi pula merupakan longgokan emas jenis Au-Cu.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3850
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:22 Mar 2012 00:58
Last Modified:07 May 2012 03:15

Repository Staff Only: item control page